salam..
kabare iman??
klu diturutkan hati, xnk lagi aku update blog ni..
terasa mahu mnejauhkan diri dari semua orang..
baik di alam realiti mahupun fantasi,,( alam maya laa)
tp Allah tu lebih mngetahui apa yg terbaik kan??
disaat aku merasakan xde sape yg mmpu faham situasi aku,,
Allah hadirkan aku sesuatu..
kerna Dia faham dan tau apa yg hambaNya inginkan/perlukan..
dah lama aku mncari2..
aku xminta dipertemukan dgn insan yg mngalami ape yg aku rasa..
cukup sekadar taujih2 dari hati ke hati..
mgkin penulis blog tu mnulis post tu dari hati dia..
dan terus 'zzappp' ke dalam hati aku..
aku seolah2 tersedar yg aku xboleh mcm ni lama2..
setiap ujian tu mesti punya hikmah yg terselit disebaliknya..
jazakillah kheir ukht,,
hati ni teringin sekali utk berkenalan dgn ukht.,
keikhlasan ukht mnulis barangkali smpai kepada hati yg mncari..
moga Allah mempertemukan kita ukht,, =)
~ ni post kakak tu ~ ckup3 terkesan..
Bersabarlah sayangku,
Ku mengerti derita dipundakmu itu,
Kerana ku juga pernah berada di situ,
Atau mungkin juga sama sekali tidak,
Barangkali apa yang kau rasai jauh lebih berat.
Sayangku,
Ku tahu, saat derita di fizikalmu itu bertandang,
Pastinya wajah-wajah insan tersayang melingkari mindamu,
Ibu, ayah, adik beradik dan kawan-kawan,
"Andai kalian tahu dan mengerti derita ini.."
Tapi sayangku,
Bukankah yang lebih mengerti itu Dia?
Bukankah dia yang memberikan 'hadiah' ini buat kita?
Maka pastinya Dia tahu mengapa ianya untuk kita,
Dan Dia juga tahu sejauh manakah kemampuan kita.
Sayangku,
Saat air mata itu tumpah entah untuk kali yang ke berapa,
Teruslah memanjat doa kepadaNya tanpa jemu,
Tersenyumlah walau kau dalam derita,
Tanda kau bersyukur dengan 'hadiah' yang tidak orang lain punya.
Tersenyumlah sayangku,
Ku tahu, kadang kala di benakmu tertanya-tanya,
Mengapa harus aku yang menanggung derita ini?
Apakah silapku?
Apa terlalu besarkah dosaku?
Tapi sayang,
Jangan kau lupa akan hakikat 'hadiah' ini,
Bahawa sebenarnya dia sedang melimpahkan kasihNya kepada kita,
Merindui rintihan kita,
Menghapus dosa kita,
Mengangkat darjat kita.
Sayangku,
Pernah dulu hampir setahunku merasainya,
Mungkin kau juga begitu atau mungkin saja lebih,
Aku di sana, kau di sini,
Bumi yang penuh barakah ini,
Maka berbahagialah kerana kau 'miliki hadiah' ini di sini.
Sayangku,
Redhailah ujian ini,
Katakanlah pada dirimu,
"Andai aku redha dan bersabar, ganjaran yang hebat kan menanti untukku,
Tapi andaiku sesali, segala perit derita yang ku tanggung selama ini hanyakan berlalu bagaikan debu.. "
Tersenyumlah sayangku,
Sememangnya jiwamu lebih derita kerana hidup yang berubah..
Bersabarlah seketika dan nikmatilah hidup baru ini,
Pastikan kau temui betapa manisnya cintaNya padamu,
Kerna Dia tidak pernah membiarkan kau meredahi kesusahan tanpa menjanjikan hikmah di hadapan.
Sayangku,
Mungkin saat derita di jiwa sedang meragut ketenanganmu,
Tulisan ini kau rasakan seakan omongan kosong yang tiada erti,
Tidak sedikit pun membantu mengubat laramu apatah lagi kesakitan itu,
Namun ketahuilah bahawa aku sangat risaukanmu, kerana aku mengerti rasa itu.
Harapku, moga andai bukan sekarang,
Kau kan mengerti bahawa suatu masa nanti,
Derita ini akan membuahkan bahagia..
Derita ini akan membuahkan bahagia..
Bersabarlah, dan Senyumlah, Sayangku~
syukran kathir ukht, moga Allah memudahkan urusanmu..
No comments:
Post a Comment