Friday 9 September 2011

*** sakit itu satu nikmat***


alhamdulillah..
masih lagi diberi nikmat iman dan islam..
xlupe jgk nikmat masa lapang
wlupun ditarik nikmat kesihatan hri ni,,
hurm..
juz hope aku dpt gi knduri tu..
sbb rasa sngt xterdaya..
moga2 sakit kali ni jdj pnawar kpd dosa2 aku mnimbun ni..
huhu..
yg bce,, doa2kan sy cpt sembuh.. ;)


Thursday 8 September 2011

kita perlukan cahaya tu..


Ada seseorang berkongsikan ayat-ayat ini buat kami.
Ringkas, tapi sangat membekas.
Bagaimana mampu kita memberikan cahaya buat manusia lain, jika cahaya kita sendiri malap?
Bagaimana kita mampu menerangi hati manusia lain, dan seterusnya serta seterusnya ( dari anak usrah, kepada cucu usrah, kepada cicit usrah) jika kita sebagai murabbi awal ini, memberikan cahaya yang kurang nyalaannya?
هُوَ ٱلَّذِى يُنَزِّلُ عَلَىٰ عَبۡدِهِۦۤ ءَايَـٰتِۭ بَيِّنَـٰتٍ۬ لِّيُخۡرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ بِكُمۡ لَرَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٩
Dialah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita  kepada cahaya yang terang-benderang dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu. (hadid:9)
Dan dari mana datangnya cahaya ini?

Allah.
ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ
(Nur: 35)
Dan dengan cahaya inilah, bukan sekadar kita dapat menerangi bumi dengan cahaya islam, namun inilah bekalan kita dalam meniti titian sirat.
Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang menghilangkan dari seorang muslim satu kesusahan, Allah Ta’ala menjadikan baginya pada Hari Qiyamat dua cabang cahaya di atas Titian Sirat…”. al-Tabarani.
Titian sirat yang sifatnya seperti:
Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)
‘lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.’ ( sabda Rasulullah)
“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”
Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.” ( HR Muslim)
Orang beriman itu, cahaya mereka datang dari semua arah. Kiri, kanan, atas dan bawah. Cahaya itu kekal sehingga ke akhirat kelak.
يَوۡمَ تَرَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَسۡعَىٰ نُورُهُم بَيۡنَ أَيۡدِيہِمۡ وَبِأَيۡمَـٰنِهِم بُشۡرَٮٰكُمُ ٱلۡيَوۡمَ جَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١٢)
Pada hari ketika kamu melihat orang mu’min laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, : “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak. (hadid: 12)
Dari jauh, orang ramai sudah melihat cahaya mereka. Sehingga cemburu, dengki, dan mahu mengambil cahaya itu dari mereka!
يَوۡمَ يَقُولُ ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتُ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱنظُرُونَا نَقۡتَبِسۡ مِن نُّورِكُمۡ قِيلَ ٱرۡجِعُواْ وَرَآءَكُمۡ فَٱلۡتَمِسُواْ نُورً۬ا فَضُرِبَ بَيۡنَہُم بِسُورٍ۬ لَّهُ ۥ بَابُۢ بَاطِنُهُ ۥ فِيهِ ٱلرَّحۡمَةُ وَظَـٰهِرُهُ ۥ مِن قِبَلِهِ ٱلۡعَذَابُ (١٣)
Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu”. Dikatakan [kepada mereka]: “Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya itu”. Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa. (Hadid: 13)
Dikatakan kepada mereka yang mahu mengambil cahaya itu:
Carilah cahaya kau sendiri weyh! Nyah! Pergi balik!Jangan nak sibuk-sibuk!
Antara munafik dan mukmin itu, ada dinding menghadang. Dan di dinding itu ada pintu.
Buka sahaja pintu, orang mukmin melihat gambaran siksa.
Buka sahaja pintu, orang munafik melihat selautan rahmat.
Dan kita bertanya pada diri kita sendiri:
Adakah kita manusia yang bercahaya itu, atau manusia yang akhirnya mencemburui cahaya orang lain, dan mahu mengambil cahaya itu dari mereka?
Sedangkan kita rasa, kita sudah bersama dengan gerombolan dakwah ini? Dan kita merasai seharusnya kita telah memiliki cahaya itu.
Namun, mengapa seolah-olah ada dinding antara kita dan mereka?
يُنَادُونَہُمۡ أَلَمۡ نَكُن مَّعَكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ وَلَـٰكِنَّكُمۡ فَتَنتُمۡ أَنفُسَكُمۡ وَتَرَبَّصۡتُمۡ وَٱرۡتَبۡتُمۡ وَغَرَّتۡكُمُ ٱلۡأَمَانِىُّ حَتَّىٰ جَآءَ أَمۡرُ ٱللَّهِ وَغَرَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ (١٤)
Orang-orang munafik itu memanggil mereka seraya berkata: “Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?” Mereka menjawab: “Benar, tetapi kamumencelakakan dirimu sendiri dan menunggu  dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh [syaitan] yang amat penipu.(hadid : 14)
Ya Allah.
Adakah kita sudah ditipu oleh syaitan?
Saat kita masih ragu-ragu dan tak yakin akan jalan ini?
Dan mahu berpatah ke belakang , dan tidak mahu bersama orang-orang beriman itu?
Jasad kita bersama orang2 beriman, sedangkan hati dan perasaan kita, sangatttttttttttttttttt JAUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH dari mereka. Rasa tak serasi, dan rasa ‘something’ tidak beres.
Astaghfirullah!
Alangkah tertipunya kita!
Tak sedar lagi ke weyhhhh????
Knock! Knock!
Dan kita masih selamat sekarang ini? Hanya kerana fizikal kita berada dalam jemaah dakwah?
ٱلۡيَوۡمَ لَا يُؤۡخَذُ مِنكُمۡ فِدۡيَةٌ۬ وَلَا مِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ‌ۚ مَأۡوَٮٰكُمُ ٱلنَّارُ‌ۖ هِىَ مَوۡلَٮٰكُمۡ‌ۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ (١٥
Maka pada hari ini tidak diterima tebusan dari kamu dan tidak pula dari orang-orang kafir. Tempat kamu ialah neraka. Dialah tempat berlindungmu. Dan dia adalah sejahat-jahat tempat kembali. (hadid : 15)
Di waktu itu, tidak diterima apapun dari kita.
Takde apa.
Fullstop!
Hanya neraka menanti!
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!! 
Mana nak lari nih weyhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh????????????????????
Ya Allah, then, where all the sacrifice and all the effort gone???????
Ya Allah, astaghfirullah.
أَلَمۡ يَأۡنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن تَخۡشَعَ قُلُوبُہُمۡ لِذِڪۡرِ ٱللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ ٱلۡحَقِّ وَلَا يَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلُ فَطَالَ عَلَيۡہِمُ ٱلۡأَمَدُ فَقَسَتۡ قُلُوبُہُمۡ‌ۖ وَكَثِيرٌ۬ مِّنۡہُمۡ فَـٰسِقُونَ
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun , dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. ( hadid: 16)
Kerana itu, dalam tarbiyah ini, perlu ada rasa.
Perlu ada hati untuk mendalami.
Untuk memaknai.
Jasad dan luaran tidak gambarkan apa-apa.
Yang penting, apa ada dalam hatimu.
Bercahaya?
Ataupun malap?
Atau benar-benar gelap?
Apakah lagi tazkirah yang menghentakkan jiwa selain dari Al-Quran, kalamNya?

Aku bertanya pada si murabbi: bagaimana nak kekalkan cahaya dalam hati kita, jika dunia selalu sahaja mencemarinya?
Katanya:
Taubat nasuha
Setiap masa.
Gulp.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : ” Selawat kepadaku itu merupakan satu (kelompok) cahaya di hari kiamat yang menjelma di Siraat (Titian al-Mustaqiim)” (Hadis Riwayat Abu Sa’id)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka (Al-Mulk), Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Sabda Rasulullah saw,”Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah dan Al Qur’an sesungguhnya ia adalah cahaya kegelapan, petunjuk di siang hari maka bacalah dengan sungguh-sungguh.” (HR. Baihaqi)
Rasulullah sendiri berdoa:
“Allah Tuhanku jadikanlah cahaya dalam hatiku, pada jiwaku, pada lisanku, pada penglihatanku, pada pendengaranku, di hadapanku, di belakangku, di atasku, di bawahku, dikananku, di sebelah kiriku, pada kemudahanku, di dalam darahku, di dagingku, jadikanlah seluruh tubuhku bercahaya dan besarkanlah cahaya itu bagiku.”
Ya Allah, berikan aku cahayaMu!

muharikah

Sunday 4 September 2011

taklifat raya from beloved along..=)


korg,,
angah dh hantar msj kat sume en,,tp klu ada yg TERdelete,,
boleh la tgk kt cni..
sume KENA cari jwpn..nnti kte bncg blik..

1) mengapa perlu mncari yg halal dari segi pkaian n mknn??
2) sjauh mne huffaz mnjaga mknn harian??
3) apa tnda2 org yg xmkn mknn yg halal..
4) knp doa xdmkbulkan??bg la 5 sbb..
5) siapakah sahabat rasulullah yg diperkenankan doanya??bukti??

* klu xsilap kita,,ni dlm hadis 10..seingat yg kita bce la..huhu..=)

NEXT
yg ni cari la kt mne2 sumber...

1) apa itu  marhalah tarbiyah?
2) di mne kmu dlm marhalah tarbiyah?
3) apa bkti sultan muhammad al fatih  @ tntranya ada teamwork yg hbt??
4) apa kaitan kejayaan bginda dgn akidah perjuangan??

slmt mncari~~~ super duper aimo..


Apa bezanya TARBIYAH kita ni dengan ceramah?

Kenapa perlu susah-susah BERUSRAH? Tak cukup ke pergi masjid dengar ceramah?

Tak pun dengar je halaqah dan usrah di TV 9, tak boleh ke?

Kenapa kena pergi program,daorah,jaulah,rehlah ?

Kenapa???????

Kenapa bersusah-susah?

( senyum..)

lihat surah Al-balad ayat 4

Allah menciptakan manusia hakikatnya dalam sentiasa dalam keadaan bersusah payah.

Kalau dia tidak bersusah payah dalam perkara kebaikan, maka dia tetap akan bersusah payah dalam perkara kejahatan..

Maka, oh biarlah ku bersusah payah untuk perkara kebaikan ni kan?

moga-moga pahala dan kebaikannya juga untuk kamu yang sentiasa di hati ini.

Terima kasih kerana memahami dan mendukungku

Ku mengharap restumu dan doa agar aku terus bersusah-susah begini..

Kerana aku kerap kali memikirkan karaya apakah yang layaknya dipersembahkan buat Tuhan 
dan 
aku mengharapkan andai tamat tempohku di bumi ini, 
aku bisa pulang menghadap Illahi dengan senyuman di wajah...
KERNA AKU SORG PEJUANG.

Lalu andainya masih ada yang bertanya

apa istimewanya TARBIYAHyang didukung ini??

mahu saja aku berkata begini

kerana TARBIYAH sifatnya mengubah!!!

aku yang dahulu begitu dan begitu

kini begini dan begini..

ah, bagaimana itu?

aku begini kerana TARBIYAH ini hadiah indah titipan Illahi

agar aku bisa bertemunya kelak dalam keadaan terpuji dan suci..

Kerana TARBIYAH sifatnya mengubah

maka aku di sini pada hari ini bukan lagi seperti aku di sana pada hari semalam

dan betapa indahnya perubahan ini kerana didorong atas rasa cinta

mahu mempersembahkan yang terbaik buat pencipta

bukan atas paksaan, bukan ikut-ikutan, bukan perasan-perasan.

tentunya, aku harus bersyukur atas nikmat tak terhingga ini

dan syukur ini dikembalikan dengan susah-payah buat umat

walau tidak terbalas kurniaan Illahi Yang Maha Hebat

tapi cukup untuk menjadi tanda mensyukuri segala nikmat..

AYUH,,,

ambil ubat ini wahai umat..
dan kita bakal bahagia kelak..
pasti, dengan izin Allah..

p/s : TARBIAH BUKAN SEGALA-GALANYA TAPI NAK SEGALA-GALANYA PERLUKAN TARBIAH..

~tarbiyah bersifat PERLU,,bukan MAHU~

Friday 2 September 2011

" aku bosan ar dgn USRAH "

SHUHHHHHH!!!!!
watch out your mouth! Somebody might get hurt with your statement!
But how can we deny our feelingkan?
Nak tahu satu cerita?
betul nak tahu?
Dah ready nak tahu?
betul ke nak tahu ini?
hehehe… dah lama tak main acah-acah ini:)

Hakikatnya, kita semua sayangkan usrah. Kerana kita tahu inilah jalan rasulullah. Inilah sunnah terbesarnya yang dihidupkan semula oleh Hasan Al banna kerana fungsi usrah sebenar tidak berjalan dengan baik dalam masyarakat Islam.
Dalam usrah pembentukan berlaku. Dalam usrah perkongsian berlaku. Dalam usrah tarbiyah dapat dibenturkan pada sebuah kehidupan.
Kita amat faham fungsi usrah. Ianya nukleus pada jemaah. Tanpa usrah, kita akan terburai dari talian jemaah. Kita akan terikat dengan syaitan dan bisikannya. Kita mula berada dalam lingkungan jahiliyah.
Trust me. Walaupun sebelumnya ini kamu amat kuat membenci jahiliyah dan sangat semangat menyampaikan sayonara Jahiliyah.

But once, kita putus asa dengan usrah kita, rasa fed up, dan memutuskan untuk tidak bersama usrah, maka percayalah, kita sedang terikat dengan jemaah jahiliyah tanpa kita sedari.
Kerana usrah itulah tali hayat kita kepada jemaah dakwah ini. Usrah inilah yang mencantumkan hati kita, merantai hati kita dengan ikatan iman dan islam, ikatan ukhuwah dan kekeluargaan.
Kerana usrah is more than pengisian. Di dalamnya ada rasa kekeluargaan. Di dalamnya ada hubungan jundiy dan amirnya. Di dalamnya ada penyusunan-penyusunan.
Di dalamnya Allah nak uji kefahaman dan keikhlasan kita;
kita datang usrah ini untuk rasa meningkat ke atau kerana nak dapatkan redha Allah???
Laa.. bukan ke rasa nak meningkat tu buat kerana Allah juga?
No, maknanya kita mmg solely harap pada Allah, dan tidak berharap pada naqib yang memberi taujih pada kita.

BERUSAHALAH UNTUK MENINGKATKAN DIRI SENDIRI SEPERTI MANA ORANG TERDAHULUMU!

ramai yang takut nak menjadi naqibah kita kerana expectation kita yang tinggi pada mereka.
maka berpadalah dengan yang ada. bersyukurlah. Dan tingkatkan dirimu sendiri. Jalan pasti ada.
Saya katakan: JALAN PASTI ADA INSYAALLAH.
dan jadilah naqibah yang terbaik. Kerana untuk menjadi naqibah yang terbaik, bukanlah senang.

Jika kamu expect sesuatu dari naqib kamu, mutarabbi kamu tentu expect sesuatu dari kamu juga.
Dan jika awak bosan, dan tak dapat apa2 dari usrah, adakah awak rasa anak2 usrah awak akan terlepas dari perasaan itu?
Jika awak sendiri tak mahu komited dengan usrah, satu hari nanti, anak usrah awak sendiri akan lari dari usrah.
Dan inilah sunnatulah kehidupan. Ianya dari pengalaman. Ianya dari sebuah penceritaan.
Kerana usrah adalah tali hubung kita pada dakwah  Allah.
Jangan sekali-kali biarkan ia terputus kerana emosi kita!
Paling penting, istiqamah, dari awal permulaan tarbiyah, hinggalah ke penghujungnya insyaallah!

muharikah~





Thursday 1 September 2011

sahabat fi thoriqi DAKWAH ~


iman manusia mmg sntiasa turun dan naik
kecuali
mereka2 yg sentiasa berada dgn org yg soleh !
 maka kawanlah dan dekatlah diri uhkt dgn org yg soleh !
 jadilah sorg hamba yg mensyukuri nikmatNya..
katanya " Alhamdulillah aku bersyukur "..
tp hakikatnya sejauh manakah ukht bersyukur terhadapNya??

" TIADA SEDIKIT PON MANFAAT UTK MEMENANGKAN / MEMPERTAHANKAN EGO MELAINKAN KEBURUKAN YG SANGAT NYATA "

jadi,hendaklah kita melihat 360' sekeliling kita,,
apakah semua nikmat yg dbrikan kpd kita tlh kita gunakan dgn sebaik mgkin dalam mengaplikasikan diri kita sbgi hamba yg bersyukur??
ye atau x?? muhasabah kmbali..
suasana yg solehah,sahabat yg soleh, sahabat yg byk perlu dibaiki, blik, katil, pen, buku dan semua bnda hatta yg bernyawa atau tidak !!
semuanya perlu dipandang sbgi NIKMAT ALLAH yg xde tolak bandingnya..
Al-Quran, ustaz ustazah, makcik cafe, makcik sapu sampah,,smua adalah nikmat buat kita!

SeDaR AtAu X b'GaNtUnG kPd KeImAnAn dAn jGk FiKiRaN pOsItIf kiTa UtK menU-TURNkan baLik Kpd ALLAH

" katanya sayang, katanya rindu, katanya aku cinta sama dia ( rasulullah )
justeru,,apakah tindakan yg mmbuktikannya..
xde apa??hanya omong kosong semata2..

" manusia berlagak, ingin berdiri sendiri, seorg diri, dgn cara sendiri, dgn peraturan sendiri
DGN YAKINNYA "

padahal Allah yg mncipta kita,,
maka pastinya utk melakukan segala ssuatu perlu ikut caranya..
xde cara pintas or lambat tp hanya ada 1 cara je..
"you want it or not "

 jgnlah kita xmghargai apa2 nikmat yg tlh Allah kurniakn di dpn mta kita..
bknkah dlm Quran dah byk kisah2 kaum2 yg xmnghargai apa yg ada dpn mata tp bila hilang baru mminta2 n menangis serta mnyesal..

" aDakaH KaMu DaLam KesEsAtaN yG NyaTa??"
maka  jgnlah kita ulangi ksilapan kaum2 dahulu yg tlh Allah kisahkan dlm Quran..

"semua mnusia binasa kcuali yg berilmu, smua mnusia berilmu binasa kcuali yg beramal, smua mnusia yg beramal binasa kcuali yg IKHLAS "


Miss her,,syukran ukht atas pencerahan..=)