SHUHHHHHH!!!!!
watch out your mouth! Somebody might get hurt with your statement!
But how can we deny our feelingkan?
Nak tahu satu cerita?
betul nak tahu?
Dah ready nak tahu?
betul ke nak tahu ini?
hehehe… dah lama tak main acah-acah ini:)
Hakikatnya, kita semua sayangkan usrah. Kerana kita tahu inilah jalan rasulullah. Inilah sunnah terbesarnya yang dihidupkan semula oleh Hasan Al banna kerana fungsi usrah sebenar tidak berjalan dengan baik dalam masyarakat Islam.
Dalam usrah pembentukan berlaku. Dalam usrah perkongsian berlaku. Dalam usrah tarbiyah dapat dibenturkan pada sebuah kehidupan.
Kita amat faham fungsi usrah. Ianya nukleus pada jemaah. Tanpa usrah, kita akan terburai dari talian jemaah. Kita akan terikat dengan syaitan dan bisikannya. Kita mula berada dalam lingkungan jahiliyah.
Trust me. Walaupun sebelumnya ini kamu amat kuat membenci jahiliyah dan sangat semangat menyampaikan sayonara Jahiliyah.
But once, kita putus asa dengan usrah kita, rasa fed up, dan memutuskan untuk tidak bersama usrah, maka percayalah, kita sedang terikat dengan jemaah jahiliyah tanpa kita sedari.
Kerana usrah itulah tali hayat kita kepada jemaah dakwah ini. Usrah inilah yang mencantumkan hati kita, merantai hati kita dengan ikatan iman dan islam, ikatan ukhuwah dan kekeluargaan.
Kerana usrah is more than pengisian. Di dalamnya ada rasa kekeluargaan. Di dalamnya ada hubungan jundiy dan amirnya. Di dalamnya ada penyusunan-penyusunan.
Di dalamnya Allah nak uji kefahaman dan keikhlasan kita;
kita datang usrah ini untuk rasa meningkat ke atau kerana nak dapatkan redha Allah???
Laa.. bukan ke rasa nak meningkat tu buat kerana Allah juga?
No, maknanya kita mmg solely harap pada Allah, dan tidak berharap pada naqib yang memberi taujih pada kita.
BERUSAHALAH UNTUK MENINGKATKAN DIRI SENDIRI SEPERTI MANA ORANG TERDAHULUMU!
ramai yang takut nak menjadi naqibah kita kerana expectation kita yang tinggi pada mereka.
maka berpadalah dengan yang ada. bersyukurlah. Dan tingkatkan dirimu sendiri. Jalan pasti ada.
Saya katakan: JALAN PASTI ADA INSYAALLAH.
dan jadilah naqibah yang terbaik. Kerana untuk menjadi naqibah yang terbaik, bukanlah senang.
Jika kamu expect sesuatu dari naqib kamu, mutarabbi kamu tentu expect sesuatu dari kamu juga.
Dan jika awak bosan, dan tak dapat apa2 dari usrah, adakah awak rasa anak2 usrah awak akan terlepas dari perasaan itu?
Jika awak sendiri tak mahu komited dengan usrah, satu hari nanti, anak usrah awak sendiri akan lari dari usrah.
Dan inilah sunnatulah kehidupan. Ianya dari pengalaman. Ianya dari sebuah penceritaan.
Kerana usrah adalah tali hubung kita pada dakwah Allah.
Jangan sekali-kali biarkan ia terputus kerana emosi kita!
Paling penting, istiqamah, dari awal permulaan tarbiyah, hinggalah ke penghujungnya insyaallah!
muharikah~
No comments:
Post a Comment