Thursday 6 June 2013

perasaanmu bukan tuhanmu~


bismillah...

*moga bermanfaat*



“ Hati anda belum hidup kalau belum pernah mengalami rasa sakit.
Rasa sakit kerana cinta akan membuka hati, 
bahkan bila hati itu sekeras batu.”
-Hazrat Inayat Khan-


Agak2 apa yg terlintas di kepala bila Allah dari atas ArasyNya memerintahkan menyembelih seorang putera yg telah kita tunggu hadirnya, satu-satunya, puluhan tahun lamanya?

Tentu wajar andai  yg pertama muncul itu adalah penolakan sang hati. Bahkan mungkin protes yg keras terzahir walaupun perintah itu datang dari yg Maha Berkuasa. Sungguh, manusia itu sangat membangkang. Maka dari itu, Allah tidak memilih kita utk disebutNya berulang2 kali, tidak dipuji dan tidak diagungkan kerana tidak ada hasil kerja. gulp.  Lantas, tinggallah Ibrahim dan Ismail di pentas kemuliaan yg mana mereka layak mendapatkannya.  Semua kerana ujian yg mereka terima begitu berat tapi mereka menempuhinya dgn begitu hebat. Kepatuhan yg amat mengkagumkan. Satu pengajaran yg amat hebat tentang artinya mnjadi muslim yg berserah diri.

Berbaik sangka. Itulah yg membuat kisahnya tetap terukir di pentas kemuliaan. Menyambut mimpi kerasulannya dgn penuh ketenangan. Memenuhi kepalanya dgn dugaan yg baik2 sahaja, Ibrahim tidak pernah percaya dgn pujuk rayu syaitan yg mngatakan Allah kejam kepadanya. Ibrahim tau, Allah tidak begitu. Jika Dia hanya ingin mndukaknnya, sejak Ibrahim kecil hingga dewasa pasti Allah penuhkan hidupnya dgn sengsara. Tidak disemai iman dalam hatinya. Tidak diberi petunjuk pada akalnya. Tidak diberi segala bentuk nikmat berupa kesihatan , rezeki,  pkaian , keluarga , udara , matahari dan sbg. Jika Dia mau, tak perlu ada petunjuk. Cukup masukkan sahaja manusia itu dlm neraka sejak awal penciptaan. Siksa, siksa dan terus siksa tanpa penjelasan. Allah mmmpu berbuat demikian...tapi Dia tidak begitu.

Ismail tidak jauh beza dari ayahnya. Beliau merespon dgn kalimat yg diabadikn dalam Quran ,disampaikan melalui jibril kepada Rasulullah, turun temurun melewati  generasi , zaman ini, hingga sangkakala ditiup di hari bumi harus mati.

    “ hai ayahku, kerjakanlah apa yg diperintahkan kepadamu, 
    in sha Allah kamu akan mndapatiku termasuk orang2 yg sabar.”

Subhanallah..

Keluarga yg penuh bersangka baik pd tuhannya. Hati meka berkalang taat. Berkalung iman. Bercahaya kerana pemahaman yg kuat. Tak dapat dinafikan, tiada balasan yg lebih layak diperolehnya melainkan kasih sayang tuhannya. Maka, digantilah Ismail dgn sembelihan yg besar.

Hidup bicara itu : ujian dan pengorbanan. Ujian besar bererti mmberi kesempatan utk mndapat darjat yg besar. Pengorbanan yg besar bererti kesempatan memperoleh balasan kebaikan yg besar. Hidup bukan bicara soal kesenangan semata. Bukan bicara bagaimana caranya menikmati tanpa batas. Ada hal yg mendasar yg kita sering lupakan selama ni. Sebagai insan, sebagai islam.  Kita fikir jadi muslim itu mcm apa? Syahadat je? Keturunan je? Sisanya xde urusan..huh! peluh besar.

Di saat datang perintah Allah yg mnguji, perintah yg berkorban, perintah yg mnyakitkan, yg mnyedihkan, yg berat, yg “ lebih baik apa je selain dari tu”, kehambaan kita benar2 berada dlm pertaruhan. Dan tentangan paling besar adalah bagaiman kita mnghadapi perasaan saat itu. Seringkali perasaaan mengalahkan akal. Bila sedih, kita mula meraba2 mncari perkara yg mmpu mghilangkan kedukaan, bila takut, kita berlari2 mncari tempat atau perkara yg aman. Bila marah, melayang tgn kita melampiaskannya malah berebut2 kluar perkataan yg tidak sepatutnya dari mulut kita. Bila jatuh cinta, tunduklah akal dan keimanan kita. Perasaan sgt berkuasa, melebihi raja.  Kita, manusia sering tidak berdaya berdepan dengannya. Begitu pula di saat Allah memintanya berbuat begitu begini, tapi perasaanya tidak setuju seratus peratus,maka jadilah syariat no dua, 3 atau 900, asal bukan yg pertama.


Allahurobbi,, maka saat ni, sejujurnya, jawablah pertanyaan jiwa “ sesungguhnya siapa tuhanmu : Allah atau perasaanmu? Siapa yg telah mnciptankmu? siapa yg mmberi dagingmu? Siapa yg mmberi tulangmu?siapa yg mmberi wajahmu? Siapa yg bagi mata, hidung , telinga, gigi, kerongkong, usus besar, usus kecil, ginjal, tangan , jari, kuku, kaki,  leher dan merawatnya? Siapa yg bg rzki utk makan? Siapa yg mmberimu keluarga,? Perasaanmukah yg mnyediakan semua itu? Perasaanmukah yg melakukan semua itu?
Sahabat2, dengarlah firman Allah yg mnyebut :

   “ andai kata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, 
maka pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yg ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mndatangkan kepada mereka kebanggaan mereka tapi mereka berpaling dari kebanggaan itu” 
                       ( 23: 71)..

 Bukannya setiap saat kita perlu memijak mati setiap perasaan kita, andaikata setiap perasaan itu tidak melawan perintah Allah, tidak mengapa utk kita mnangis, tidak mengapa utk marah. Tp lupakan sahaja kemahuannya klu tiba saatnya utk kamu memilih antara dirinya dan diriNya. Kita harus tau utk pilih siapa. Xperlu fikir panjang. Jika kita tetap memaksa utk berfikir pnjg, maka datanglah syaitan membantumu menemukan alasan yg “benar”. Ada saja yg mghalangi,. Ada sahaja yg mmbuatkan kita memilih utk membangkang. Ingtlah, takwa bermakna kita tinggalkan kesukaan kita demi kesukaanNya, mmbenci juga yg dibnciNya. Mnjadikan Allah sebagai segalanya.

Tak dapat dinafikan,. Ni mmg risalah yg berat, susah. Teramat susah. Tp adakah kerana susah, kita tidak mahu mncubanya? Tidak ada yg mngatakan tidak mungkin. Ia hanya susah. Dan susah x bermakna tidak mungkin. Sangat setanding dgn balasannya kelak, bukan kereta mainan yg kita idamkan waktu kechik2 dulu, bukan ipad yg nk dimiliki oleh setiap remaja zaman kini, tapi SYURGA yg tiada tandingnya..

daripada : Jiwa-Jiwa Gagag Yang Pantang Menyerah ( A.mukhlis )

Ya Allah, masih lagikah aku meletakkanMu di tepi sedangkan nikmatMu padaku xmmpu kuhitung???

No comments:

Post a Comment