" angahhhhhhh, blog awk tu dah berkulat kott.... "
ditambah perasa oleh saff..
"berlumut bersawang dah"
tu la kata2 mereka yg rindukan blog aku,,
kuang3..perasan sekali sekala..
asif jiddan kpd sesiapa yg menanti post terbaru..
perut pon xsempat nk update, apatah lagi blog,,* sgt xsnonoh di situ*
sebenarnya, blog ni TER'update' hari ni sbb kepala terlalu berserabut..
jadi, disinilah mau dimuntahkan segala2nya..
tajuk tu gimik je sebenarnya..
benda simple je nk share..
dlm kesibukan aku yg teramat hari ni, dari pagi smpai ke mlm,aku rasa......
aku rasa.........
aku rasa.........
sumthing missing la...
serba salah.....
then, aku pon hantar la msj kpd sorg ukht terchenta ni..
" nt, asif jiddan ea..ana terlalu busy,,smpai xsempat nk caj iman kita berdua "
~ serius jiwang seyhhhhhhh ~
tiba2, *mmg dijangka* dia reply,
"eh, bukan salah nt pon. spatutnya, dlm nt tgh sibuk, ana yg patut caj iman kita berdua.
saling melengkapi. tapi ana gagal. jauh lebih gagal. asif "
*2x ganda jiwang dia ni *hehe..
seusai baca msj tu, aku pon capai Quran yg ada kat tepi..
yg mmg mnunggu utk dipegang tuannya, MGKIN~~
aku belek ayat2 utk ditadabbur..
utk berkongsi dgn dia *konon*
dalam masa yg sama, mngubat jiwa yg letih mnghadap kerja2 dunia ni..
*klu ikhlas, inshaAllah, yg dunia ni mmbawa gnjaran di akhirat*
malangnya, xberkesempatan..
sbb aku kena keluar utk settlekan kerja kat luar..
sampai je rumah terpaksa lagi mnghadap komputer berjam-jam lamanya..
gara2 kontroversi yg berlaku..
itulah mehnah dan tribulasi..kan ucu?? =)
" YaAllah , limpahkanlah kesabaran ke atas ku"
maka, terwujud post ni utk diri sendiri dan kalian,,
aku selak2 n teliti satu persatu ayat dlm surah Al-Gasyiyah..
"sudahkah sampai kepadamu berita tentang hari qiamat?"
"pada hari itu, byk wajah yg tertunduk hina "
" kerana bekerja keras lg kepayahan"
"mereka memasuki api yg sgt panas (neraka) "
"diberi minum dari sumber air yg sgt panas"
"tidak ada makanan bg mereka selain pohon yg berduri"
"yg tidak menggemukkanan tidak menghilangkan lapar"
aku nk stresskan tujuh ayat yg awal ni je..
yang selebihnya boleh la belek2 sendiri..
inshaAllah berpahala tu,,
sengaja aku bawakkan ayat2 ni..
ayat2 yg berupa azab..
aku xsempat nk belek mne2 tafsir utk mndalami ayat2 ni..
cuma, sekadar inzar..
kita sering membayangkan kita adalah golongan2 yg terselamat sprti yg diceritakan dlm Quran..
bila tadabbur, kita selalu mngharapkan utk jadi golongan kanan,
yang berseri wajahnya,yg dikurniakan bidadari,
yang selamanya tinggal di syurga..
dan pelbagai nikmat yg Allah sebut dalam Quran..
sbagai balasan kpd hambaNya yg beramal soleh ketika di dunia.
tapi jarang sekali utk kita letakkan diri kita dlm golongan yg terhina..
yg makan buah berduri,,
yang dibakar di dalam neraka hingga hangus kulitnya,,
kemudian diganti dan dibakar lagi..
diberi minuman bernanah dan sebagainya..
Allahu akbar..
sombongnya kita utk mendalami ayat2 sedemikian..
mgkin kerana jarang-jarang kita melihat ayat sedemikian,
kita semakin berani melakukan perkara yg dimurkai Allah..
kerana kita xtau apa azab yg Allah jnjikan..
sebaliknya, kita dok berangan mndapatkan nikmat syurga walhal amalan kita jauh darinya..
muhasabah jap ea..
tu je la perkongsian hari ni..
moga kita sama2 dapat sesuatu..
err,,,apa kaitan
dgn tajuk ea..
huhu..
mcm ni, dalam kesibukan kita, jgn sampai kita lupakan hak2 kita yg lain..
cntoh : tolong mak kat dapur ke..
caj iman dri sendiri n kwn2..
dan segala yg sama waktu dgnnya..
" oleh sbb itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat "
(87 : 9)
hari ni byk kali aku jmpa ayat ni,,mgkin sbb dh lama xbg peringatan kot,,
maklumlah, mnusia itu pelupa.
tp perlu dididik lupa tu..
bimbang terbiasa..
wallahua'alam
No comments:
Post a Comment