Wednesday, 14 March 2018



Buat kamu, moga terus dikurniakan kesihatan yg berpanjangan.
diberi peluang beramal yang tiada henti,
dikurniakan rasa 'iman' yg hidup.
dalam tahun2 kita brukhuwah, ada 1 harapan yg masih belom pernah terlaksana. dari aku buat kamu.
aku sentiasa menanti detik-detik tersebut.
dan saat detik2 itu hadir, aku selalu terlepas kesempatan. 
moga ditakdirkan peluang itu buat aku.
dalam apa jua bentuk yg Dia kehendaki.


Sunday, 28 January 2018

******hargailah dia selagi ada disisi******







friends forever??siapa yg mampu jamim..yakinkah kita yg kita akn berkawan dengna mereka selamanya..
berapa ramai yg mampu utk terima andaikata Allah mengambil mereka dahulu..
medan bercakap memang mudah..
tapi apabila tiba saatnya,,takdir disalahkan..
kenapa??
jawapannya mudah..
kerana kita tak faham apa makna ukhuwahfillah..
"sesungguhnya persahabatan itu indah sekiranya bertemu dan berpisah kerana Allah"
aku juga bukanlah seorang yang hebat utk memperkatakan soal SAHABAT..
tp itulah yg aku selalu sebutkan..
kat mana pon aku,,andaikata diminta utk bg tazkirah..
nie la benda yg aku akn cakap..
aku xtau kenapa tp bg aku sahabat adalah sesuatu yang perlu dlm hidup..
kalau nk dibandingkan dgn harta pon belum tentu sama nilanya..

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
tapi sukarkan utk kita peroleh sahabat mcm ni?? 
ramai manusia skrg hanya berkawan atas dasar utk bersuka ria,,
so,,agak2 berapa ramai yg akn bersahabat hingga ke syurga,,
teman-teman,,
jgn sesekali anda tersalah memilih kawan,,kelak padah menimpa..
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”



so,,how to choose SAHABAT??

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukn pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat
so,,ade x ciri kat atas dlm diri sahabat anda??renung2kanlah..
bersahabatlah atas dasar iman,,InsyaAllah kau akn bahagia..
aku dah merasainya..kebahagiaan yg xternilai..
aku nk KAU turut merasa benda yg sama..
Tali persaudaraan sesama umat terus utuh jika didasari ajaran al-Quran

AMIRUL Mukminin Khalifah Sulaiman Abdul Malik adalah sepupu Umar Abdul Aziz. Hubungan mereka sangat erat sehingga khalifah menamakan Umar sebagai pewaris takhtanya. Walaupun kaum kerabat khalifah tidak menyukainya, khalifah tetap meneruskan hasratnya itu kerana Umar amat taat kepada agama.

Seorang menteri dan penasihat khalifah terkenal alim lagi warak, Raja’ Haiwah menasihati Sulaiman sewaktu akhir hayatnya:
“Wahai Amirul Mukminin, antara perkara yang menyebabkan engkau akan dijaga di dalam kubur dan menerima syafaat daripada Allah SWT di akhirat kelak adalah apabila engkau tinggalkan untuk orang Islam khalifah yang adil, maka siapakah pilihanmu?
Jawab Khalifah Sulaiman: Aku melihat Umar Ibn Abdul Aziz.”

Suatu hari, sewaktu pemerintahannya, Sulaiman mengajak Umar ke kem tentera Bani Umayyah. Sulaiman bertanya kepada Umar: “Apakah yang kamu lihat wahai Umar bin Abdul-Aziz?” Khalifah nampak terlalu bangga ketika melihat kekuatan pasukan yang sudah dilatih.
Namun Umar menjawab tanpa rasa takut: “Aku sedang melihat dunia itu sedang dilahap antara satu sama lain, dan engkau adalah orang yang paling bertanggungjawab dan akan ditanyakan oleh Allah SWT mengenainya.”
Khalifah Sulaiman berkata lagi: “Tidakkah kamu takjub dengan kehebatan pemerintahan kita ini? Jawab Umar lagi: “Bahkan yang paling hebat dan membuatku takjub ialah orang yang mengenali Allah SWT kemudian menderhakai-Nya, mengenali syaitan kemudian mengikutinya, mengenali dunia kemudian condong kepadanya.”

Mengamati perbualan antara khalifah dan sahabat sejatinya, Umar Abdul Aziz itu jelas terlihat keikhlasan dan cinta kasih dalam perhubungan dua insan atas nama persahabatan dunia akhirat. Sulaiman menangis setiap kali Umar menasihati dengan penuh kasih sayang.
Kedua-dua bapa mereka iaitu Abdul Malik dan Abdul Aziz adalah adik beradik daripada keturunan kerajaan Bani Umayyah. Pertalian darah merapatkan hubungan mereka. Namun yang paling ketara ialah pertalian hati yang ikhlas kerana Allah SWT dalam mencintai saudaranya.

Teman paling rapat kadang-kadang boleh menjadi musuh dalam selimut melainkan orang dipelihara Allah SWT hati mereka daripada khianat, dengki yang disembunyi dan dendam yang dipendam. Dunia menunjukkan kesudahan orang yang teraniaya angkara teman sendiri, ada yang muflis disebabkan mahu menolong kawan.

Dipenjara kerana membela orang yang istimewa baginya tetapi orang itu akhirnya langsung tidak mengenang budi dan jasa sahabatnya itu. Semua terjadi kerana sikap kepura-puraan, bermuka-muka dan saling mengampu. Hubungan yang tidak diasaskan dengan kejujuran, keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Al-Quran mengabadikan kejujuran dan keikhlasan persahabatan antara Muhajirin dan Ansar dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan orang yang menduduki kota Madinah dan beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin) dan mereka (Ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa diberikan kepada mereka (Muhajirin) dan mereka mengutamakan (orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang yang beruntung.” (Surah al-Hasyr, ayat 9).
Syarat tali persaudaraan boleh menjadi kukuh menurut al-Quran ialah jika anda dan sahabat disatukan oleh ikatan iman. Bukan kerana ikatan perniagaan atau assabiah jahiliah. Ia terlalu rapuh untuk dipegang, bahkan dua insan boleh dirosakkan oleh hubungan sebegitu.
Jika untung boleh jadi kawan, rugi pula saling tikam menikam. Masa berkuasa semua menyokong jika jatuh tanpa kuasa tiada seorang pun mahu menolong. Begitu pula di dunia, mereka boleh jadi sahabat rapat saling menguntungkan tetapi di akhirat, mereka menjadi musuh yang saling cela mencela.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang bertakwa.” (Surah al-Zukhruf, ayat 67)
Ketika di dunia mereka saling tolong menolong pada jalan batil, jika seseorang melakukan kejahatan maka sahabatnya itu malah memuji dan mengampu kerana mahu mengambil kesempatan atas kelemahan saudaranya.

Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud meriwayatkan daripada Abi Bakrah, beliau berkata:
“Seorang lelaki memuji seseorang di sisi Rasulullah SAW kemudian Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Engkau telah memotong leher sahabatmu. Barang siapa yang memuji saudaranya dengan tidak dapat dielakkan juga, maka hendaklah dia berkata: Aku menilai si polan. Dan Allah SWT yang menjadi penilai yang sebenar, seseorang tidak boleh menyucikan seseorang melebihi Allah SWT.”
Oleh itu, sahabat Rasulullah SAW amat membenci perbuatan suka mengampu, padahal mereka memang selayaknya mendapat pujian. Seorang lelaki memuji Abdullah bin Umar katanya: “Wahai sebaik-baik manusia, wahai anak sebaik-baik manusia.”

Maka ibu Umar berkata: “Aku bukan sebaik-baik manusia dan bukan anak sebaik-baik manusia tetapi aku seorang hamba Allah SWT daripada hamba-hamba Allah SWT, aku berharap kepada Allah SWT dan aku takut kepada Allah SWT. Demi Allah SWT jika kamu tidak mahu berhenti mengatakan yang demikian itu kepada seorang lelaki maka engkau sesungguhnya telah membinasakan dia.”

Iman menjadi penyatu dua hati, jika iman berbicara sikap ditunjukkan seseorang kepada saudaranya benar-benar bersih daripada kepentingan dunia. Dia berdiri sebagai pendamping yang jujur dalam menyatakan pandangannya, tidak ada apa yang ditutupi, yang pahit sama ditelan yang manis sama dirasa.
Dialah penasihat paling ikhlas demi kebaikan saudaranya, dia mewarnai pemikiran dan perasaan, pandangan dan sikap saudaranya dengan nilai agama yang membawa suasana harmoni di antara dua hati. Matlamat mereka bertemu dan bersahabat ialah kerana Allah SWT, agenda mereka rancang bersama ialah demi cita-cita akhirat. Tidak sesekali mereka biarkan dunia menghancurkan persahabatan itu.
Rasulullah SAW bersabda mengenai keperibadian sahabat sejati yang bermaksud:
“Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Jika kita memandang ke wajah seseorang diberkati Allah SWT, seolah-olah memancar cahaya keimanan yang menembusi hati kita, aura iman itu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita kepada kelemahan diri.
Tetapi kadang-kadang kita menemukan seseorang yang membawa aura jahat daripada kalbunya sehingga pantulannya mempengaruhi pemikiran, sikap dan matlamat kita. Bukan senang menemukan seseorang yang benar-benar ikhlas mahu bersahabat kerana Allah SWT, mungkin disebabkan diri kita sendiri belum lagi baik maka susah sungguh untuk menemukan lelaki yang benar-benar baik dijadikan sahabat sejati.



                                          ~ nukilan seorang pendakwah sarawak ~                                               

p/s ; ni draft post 2012. i don't know why i didn't post it last time.

Thursday, 25 January 2018

Allah Hears You..

.
.
.

Terimbau kembali, saat Allah menghadirkan suatu bentuk rezeki yang tidak pernah dibayangkan.
Mungkin juga, tidak pernah langsung diungkapkan dalam bait-bait doa.
Tetapi kerana Allah adalah pemilih hati dan jiwa ini,
Dialah yang mengetahui setiap sudut keperluan hamba-hambaNya.
.
.
.

Allah tahu, hati itu merindukan sentuhan,
Maka Allah mentakdirkannya disentuh dengan Kalam-kalam Al-Quran.
Allah tahu, jiwa itu menagih kekuatan,
Maka diujinya dengan pelbagai ‘kesakitan’ dan ‘kepayahan’.
Dan Allah tahu, jasad itu perlukan teman.
Maka dititipkan kepadanya insan, pengubat kesunyian.
.
.
.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.
Atas segala kurniannya, dia menjadi lebih tahu utk menghargai dan memaknai setiap nafas yg dimiliki.
Benar, kata orang cerdik pandai, ‘mempunyai sahabat yg baik itu adalah rezeki terindah’
Di sana, mungkin ada jiwa yg selalu mengharapkan hadirnya seorang teman di sisi.
Namun, Allah itu lebih mengetahui.
Tidak diberikannya seorang teman, malah diberikannya ketenangan dan kekuatan.
Mungkin juga dikirimkan kepadanya sebanyak mungkin teman yang solehah.
Maka, beruntungnya dia saat ingatan temannya terzahir dgn lafaz-lafaz doa yg indah buat dirinya.
Di sana juga, ada insan yg berteman, tp asasnya tidak hakiki, maka terputus di tengah jalan.
.
.
.

Insan yang pernah mengalami, pasti merasai keindahan dan kebahagiaanya..
Di saat kebimbangan bersarang di jiwa, dia hadir meleraikan.
Di saat kesedihan menyelubungi, dia ada menenangkan.
Di saat kaki tak kuat utk melangkah, dia hadir memotivasikan.
Tawa mesra & gurau senda memecahkan segala keresahan.
Peringatannya menyentuh lubuk hati yang paling dalam.
Amalnya menghadirkan rasa cemburu dalam diri.
Lantas, digandakan amal dirinya agar selari dgn temannya.
.
.
.

Namun, yang paling indah adalah saat dia bisa ‘berjalan’ dgn temannya di atas jalan dakwah
Menjejaki sunnah terbesar Nabi dengan 2 hati.
Sepertimana Musa dan Harun mendakwahi Firaun, Qarun dan Samiri,
Mereka itu saling menguatkan dan memerlukan.
Kata Musa dalam doanya, Ushdud bihii azrii, wa asyrikhu fi amri.
Kerana saat berdua, Mereka pasti bisa banyak memujiMu dan mengingatiMu.
.
.
.

Kurenungkan kisah mereka saat ukhuwah teruji, dgn harapan hati ini terubati.
Musa juga terganggu emosi, saat kaumNya berpaling dari kebenaran hakiki.
Maka merayu Harun agar tak disalahanggapi, kerana dia telah pon menunaikan apa yg diamanati.
Namun, Allah jua lah yg Maha Menguasai atas setiap sesuatu.
Itu kisah mereka, 2 insan yg Allah pelihara dari melakukan dosa.
.
.
.

Dan kita, hanyalah hamba biasa.
Yang tidak terlepas dari terpalit dengan dosa-dosa.
Yaa, tidak menjaga hak sahabatnya juga 1 dosa.
Namun bukankah Allah mengatakan, sebaik-baik pendosa adalah yg bertaubat?
Dan bukankah juga Allah menyatakan, “perbaikanlah antara saudara kamu?”
.
.
.

Saat ini, Kunukilkan rasa hati dalam lembaran tersendiri, meluahkan rasa rindu yang tak terungkapi.
Kufailkan segala memori, agar mampu menemani hari-hari sepi.
Kutitipkan doa di malam hari, agar rasa kasih ini berpanjangan hingga syurgawi.
Kita tidak pernah mengerti apa hikmah yg tersembunyi,
Ada kala, aku cuba lari. Menghilangkan segala memori.
Saat itu, aku pasti syaitan bersorak, meraikan retaknya ikatan ukhuwahfillah.
Di suatu sisi, aku kembali merasa berdosa, kerana yg brtindak sedemikian adalah nafsuku.
.
.
.

Aku menanti-nanti hari kau titipkan ‘mesej’ , walaupun dengan selafaz salam.
Namun, hari-hariku sepi, sunyi. Aku buntu , Aku keliru.
Namun kerana sygnya aku terhadap ukhuwah ini, kutitipkan kepadamu kalamullah,
Dan mungkin bait-bait ulama’. ‘
Meskipon hakikatnya, akulah yg teramat memerlukan segala bentuk peringatan.
Atas segala kesakitan dan kepayahan yg aku alami, yg mungkin tidak kau ketahui.
Dan mungkin juga, kau  merasakan kesakitan dan kepayahan yg aku juga tidak ketahui.
.
.
.

Tapi percayalah, diri ini merindui segala kenangan setiap masa dan ketika.
Dan jarak itu sebenarnya tidak memisahkan, malah sunyi dari sapaan itulah yg menjauhkan.
Aku tidak mengetahui, ke mana ujian ini kan terarah.
Malah aku takut utk membayangkan segala kemungkinan yg terjadi.
Tapi yg aku pasti, kita bisa melewatinya. Andai kita berdua menginginkannya.
.
.
.

Aku tahu, aku bukanlah teman terbaik bg diri kamu.
Tiada saat kau memerlukan, tak memahami saat kau kebuntuan, tidak dimotivasikan saat kejatuhan.
Aku sedar, aku lemah. Serba kekurangan.
Dan mungkin aku takkan pernah mampu utk mncapai tahap itu.
Tapi dalam segala bentuk kelemahan yg aku punya, Allah masih mngurniakan teman sebaik kamu.
Dan itu antara nikmat terbesar yg aku kecapi selepas nikmat islam, iman dan tarbiyah.
.
.
.

Aku merayu, pohonlah dalam doamu, agar digerakkan 2 hati,
bukan 1 hati utk mmperbaiki hubungan ini.
Bukankah dahulu kita meyakini bahawa kita ditakdirkan utk saling melengkapi?