Sunday, 12 August 2012

bila HUFFAZ mula alpa ~





kepada kamu yg bergelar huffaz,
aku faham benar beban yg tergalas di bahamu..
kerana aku jugak merasainya..
sakitnya utk pelihara kalamNYa..
apatah lagi pada saat awal aku mula bertatih utk itu..
pada saat ini, mgkin kamu rasa sgt terbeban..
mgkin kamu rasa diri kamu sgt x berguna..
mgkin kamu rasa diri kamu sgt teruk..
Quran yg dulu sntiasa meniti di bibir kamu..
berkurang dari hari ke hari..
namun, haruskah rasa itu dituruti?
malah dilayan hingga akhirnya membinasakan diri kita sndiri?

aku sering terdengar..
kata orang..
" huffaz ni klu baik, subhanallah"
"klu kureng, sgt nmpk ketaranya"
bila ditenung2, mgkin ada kebenarannya..
benarlah Quran itu mukjizat..
alhamdulillah andai Quran itu mnjadi hujah utk kita kelak..
namun, malangnya,
andai di akhirat nnti, ia mnjadi hujah ke atas kita..

aku tahu, kita semua xinginkan perkara buruk berlaku ke atas diri kita..
amnya di dunia apatah lagi di akhirat,
tapi cuba kita renung2 kembali,
sejauh mana hubungan kita dgn Quran dlm usaha utk memastikan ia mnjadi hujah kpd kita??
tepuk dada tanya iman..

aku menulis bukan kerana aku lah yg terbaik..
aku lah yg paling terjaga Qurannya,,
tidak sama sekali..
malah aku lah insan yg paling hina disisiNya,
paling besar azabnya,
andai aku xpernah mengingatkan shbt2 Quran tentang tanggungjawab kita..

tanggungjawab kita ni besar teramat..
lebih besar daripada tugas PM..
kira ibarat mnggalas tugas nabi..
dalam usaha mnegakkan kalimahNya di muka bumi ni..
maka, terbayangkah bagaimana berat tanggungajawab kita??

jgn ingat kerana Quran yg ada akn mnjamin kita di jalan yg baik je..
Quran ini juga ujian buat kita..
kita masing2 belum tahu sama ada kita akan lepas atau tidak tapisan Allah ini..
nauzubillah, mgkin kita akn tergolong bersama mereka2 yg alpa tntg hakikat hidup,
malah lebih teruk dari tu andai kita sndiri tidak mahu mnjaga diri kita..
mahukah kita mnjadi golongan yg Allah sebutkan dalam Quran?
kita punya segala nikmat yg Allah bg namun kita xguna utk jalanNya..
benarkah kita sama dgn binatang ternak atau lebih teruk dari tu??


sedarlah wahai huffaz,kita dan mereka berbeza..
bukan kita yg mereka2 perbezaan..
tapi perbezaan itu yg memang dh wujud dari dulu..
"adakah sama org2 yg tahu dgn org yg tak tahu"
mmg xkan pernah sama..
tapi terpulang andai kamu sndiri yg inginkan persamaan tu..
kamu sndiri yg mnolak utk berada di kedudukan yg lebih mulia disisiNya..

maafkan aku andai kata2 dan teguran aku ni sgt mnyinggung hati kamu..
aku xbermaksud utk menghancurluluhkan hati kamu..
aku cuma mahu kamu sedar akn tujuan sebenar kita..
kerana andai kamu 'sakit' dinodai duniawi,
aku jugak turut merasa..
kerana aku tidak mahu hilang kamu, wahai teman seperuanganku..
mgkin aku xmmpu utk sentiasa memastikan kamu xterbuai dgn noda,
tapi aku cuba utk mnutup segala pintu noda yg datang kepadamu melaluiku..
aku lakukan  ini bukan kerana diriku dan bukan utk kepentingan diriku,
aku berbuat kerana memikirkan 'kesakitan' yg bakal kau tggung kelak..

*wallahu'alam..
post ni lahir dari hati..moga bermanfaat utk kalian,,
kita xpunya banyak masa utk melayan kehendak kita terhadap dunia..
kerana dunia lebih memerlukan kita berbanding keperluan kita terhadapnya..
tanggungwab kita melebihi masa yg ada...aku sayang kalian kerana Allah,,
andai datang  teguran dariNya, raihlah..kerana teguran tu pasti mnjnjikan 1001 kemanisan..
jgn dibiar teguran tu berlalu, kelak aku bimbang tidak hadir lagi teguran selepas itu..

" sama saja bg mereka, diberi peringtan atau tidak, mereka tetap tidak mahu beriman''

"Allah telah mngunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup dan mereka akn mendapat azab yg berat"

1 comment: