Monday, 25 December 2017

Rasa Yang Tiada




Saban hari aku bertanya pada diri,
Apa sebenarnya yang aku cari?
Hingga saat ini, aku masih belum mampu utk mengerti.
Yang hadir menemani hanyalah tangisan yang tiada henti.

Aku bimbang. Aku bimbang dengan rasa yang mula tiada.
Tiada lagi rasa gembira.
Tiada lagi gelak ketawa.
Tiada lagi rasa utk berbicara.
Pendek kata, ibaratnya rasa ini kian 'lumpuh'

Aku mula hilang fokus.
Hilang fokus dalam banyak perkara.
'Feelingless' masa proposal defense dah pon jadi petanda.
Tak terbayang exam yang akan berlangsung lagi 2 minggu.

Oh Tuhan, aku mohon, kembalikanlah rasa.
Kerana hidup dalam rasa yang 'tiada',
Mmbuatkan aku rasa seperti tidak berguna.
Lebih tepat, ibarat makhluk tidak bernyawa.

Izinkan aku kembali merasai nikmatnya ketawa tanpa melupakan hangatnya air mata.
Izinkan rasa gembira menemani hari-hariku tanpa membelakangkangkan rasa sedih yang perlu ada.
Kerana saat ini aku sedar YaAllah, Engkaulah Pemilik Segala Rasa.