Friday, 16 March 2012

meninggalkan akhirat kerana dunia..


" angahhhhhhh, blog awk tu dah berkulat kott.... " 
ditambah perasa oleh saff..
"berlumut bersawang dah"

tu la kata2 mereka yg rindukan blog aku,,
kuang3..perasan sekali sekala..
asif jiddan kpd sesiapa yg menanti post terbaru..
perut pon xsempat nk update, apatah lagi blog,,* sgt xsnonoh di situ*

sebenarnya, blog ni TER'update' hari ni sbb kepala terlalu berserabut..
jadi, disinilah mau dimuntahkan segala2nya..
tajuk tu gimik je sebenarnya..
benda simple je nk share..

dlm kesibukan aku yg teramat hari ni, dari pagi smpai ke mlm,aku rasa......
aku rasa.........
aku rasa.........
sumthing missing la...
serba salah.....
then, aku pon hantar la msj kpd sorg ukht terchenta ni..

" nt, asif jiddan ea..ana terlalu busy,,smpai xsempat nk caj iman kita berdua "
~ serius jiwang seyhhhhhhh ~

tiba2, *mmg dijangka* dia reply,

"eh, bukan salah nt pon. spatutnya, dlm nt tgh sibuk, ana yg patut caj iman kita berdua. 
saling melengkapi. tapi ana gagal. jauh lebih gagal. asif "

*2x ganda jiwang dia ni *hehe..

seusai baca msj tu, aku pon capai Quran yg ada kat tepi..
yg mmg mnunggu utk dipegang tuannya, MGKIN~~
aku belek ayat2 utk ditadabbur..
utk berkongsi dgn dia *konon*
dalam masa yg sama, mngubat jiwa yg letih mnghadap kerja2 dunia ni..
*klu ikhlas, inshaAllah, yg dunia ni mmbawa gnjaran di akhirat*
malangnya, xberkesempatan..
sbb aku kena keluar utk settlekan kerja kat luar..

sampai je rumah terpaksa lagi mnghadap komputer berjam-jam lamanya..
gara2 kontroversi yg berlaku..
itulah mehnah dan tribulasi..kan ucu?? =)
 " YaAllah , limpahkanlah kesabaran ke atas ku"
maka, terwujud post ni utk diri sendiri dan kalian,,

aku selak2 n teliti satu persatu ayat dlm surah Al-Gasyiyah..

"sudahkah sampai kepadamu berita tentang hari qiamat?"
"pada hari itu, byk wajah yg tertunduk hina "
" kerana bekerja keras lg kepayahan"
"mereka memasuki api yg sgt panas (neraka) "
"diberi minum dari sumber air yg sgt panas"
"tidak ada makanan bg mereka selain pohon yg berduri"
"yg tidak menggemukkanan tidak menghilangkan lapar"

aku nk stresskan tujuh ayat yg awal ni je..
yang selebihnya boleh la belek2 sendiri..
inshaAllah berpahala tu,,

sengaja aku bawakkan ayat2 ni..
ayat2 yg berupa azab..
aku xsempat nk belek mne2 tafsir utk mndalami ayat2 ni..
cuma, sekadar inzar..
kita sering membayangkan kita adalah golongan2 yg terselamat sprti yg diceritakan dlm Quran..
bila tadabbur, kita selalu mngharapkan utk jadi golongan kanan,
yang berseri wajahnya,yg dikurniakan bidadari,
yang selamanya tinggal di syurga..
dan pelbagai nikmat yg Allah sebut dalam Quran..
sbagai balasan kpd hambaNya yg beramal soleh ketika di dunia.
tapi jarang sekali utk kita letakkan diri kita dlm golongan yg terhina..
yg makan buah berduri,,
yang dibakar di dalam neraka hingga hangus kulitnya,,
kemudian diganti dan dibakar lagi..
diberi minuman bernanah dan sebagainya..
Allahu akbar..
sombongnya kita utk mendalami ayat2 sedemikian..
mgkin kerana jarang-jarang kita melihat ayat sedemikian,
kita semakin berani melakukan perkara yg dimurkai Allah..
kerana kita xtau apa azab yg Allah jnjikan..
sebaliknya, kita dok berangan mndapatkan nikmat syurga walhal amalan kita jauh darinya..
muhasabah jap ea..

tu je la perkongsian hari ni..
moga kita sama2 dapat sesuatu..
err,,,apa kaitan
dgn tajuk ea..
huhu..
mcm ni, dalam kesibukan kita, jgn sampai kita lupakan hak2 kita yg lain..
cntoh : tolong mak kat dapur ke..
*saya la tu semakin malas utk masuk ke dapur*
caj iman dri sendiri n kwn2..
dan segala yg sama waktu dgnnya..
" oleh sbb itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat "
(87 : 9)
hari ni byk kali aku jmpa ayat ni,,mgkin sbb dh lama xbg peringatan kot,,
maklumlah, mnusia itu pelupa.
tp perlu dididik lupa tu..
bimbang terbiasa..
wallahua'alam



Saturday, 10 March 2012

terpahatkah ia dihati??


3 FEBUARI 2012, 
satu tarikh yg amat bermakna buat aku,,
Alhamdulillah, Allah dengar doa aku,,
saat aku menghabiskan surah An-Nas, terasa sebak di hati, terbeban di bahu,,
mampukah aku mndokong kalamMu ini?
mampukah aku menegakkan semula kalimatMu?
mampukah aku membawa hati2 manusia dgn Quran yg ada sebagaimana yg Rasulullah lakukan?
dan yg paling pedih, mampukah aku berakhlak dgn akhlak Al-Quran?
bimbang andai Quran itu mnjadi hujah ke atas aku di akhirat nnti,,
nauzubillah min zalik..
moga Al-Quran yg ada mmpu memelihara aku dan shbt2ku daripada sebarang kemaksiatan yg mmbuatkan kami jauh dariNya..

beberapa hari selepas itu,aku merasakan satu perasaan yg xpernah aku rasa..
rasa bagaikan telah mnzalimi Quran yg ada..
tanpa buang masa, aku belek2 lembaran Quran..
dari surahh ke surah, juzuk ke juzuk..
hinggalah ke juzuk terakhir,,
saat tu, aku mnyedari sesuatu..
kalimat-kalimat Allah yg terkandung dalam juzuk 30 ni, tak kubaca dengan teliti tafsirannya..
aku sibuk mengejar detik2 utk khatam, seakan berlumba-lumba utk mnjadi org yg terawal khatam..
Allahu akbar..
useless andai 30 jzk , 114 surah, 6236 ayat, 77437 kalimah dan 323671 huruf yg ada 
xmampu mngubah hidup kau kpd yg lebih baik..
malulah dengan diri kau, wahai habisah.!!
kau bukan hafizah andai itu yg kau kejar..


aku tadabbur semula surah Al-A'diyat yg pernah dikongsi oleh seorg ukhtifillah,,
subhanallah..ayat yg ringkas tp cukup utk aku bermuhasabah..

" sungguh, mnusia itu sgt ingkar (tidak bersyukur) kpd tuhanNya"
"dan sesungguhnya dia (manusia ) menyaksikan keingkarannya"

manusia itu benar2 kikir dan ingkar,,
seringkali melakukan apa yg dilarang..
meninggalkan apa yg disuruh,,
mnjatuhkan diri ke lembah kehinaan dgn tgn2 mereka sndiri,,
aku juga prnah mnzalimi diri,,
namun, tidak septutnya diri itu terus dizalimi..
aku memujuk diri aku utk kmbali kpd Illahi,
seharusnya, kalian juga begitu,,
Allah xpernah mnzalimi hamba2Nya,,
yakinlah,,jgn terus biarkan diri kalian jauh dari kasih sygNya, kembalilah,,,

the next week, ukhtku yg tersayang itu kmbali mengingtkan aku kpdNya,,
xpernah jemu dirinya memberi,,
dia mntarbiyah aku dgn Quran sprtimana rasulullah mntarbiyah para sahabat,,
kali ni, diselak pula surah Al-A'laq,,
sekali lagi, diri ni rasa tertampar dgn kalimatNya..
ayat ke 6 dan ke 7 yg dikongsi ukhtiku ni mmbuatkanku tersentak..
xpernah kusedar kwujudan ayat ni..

" sekali-kali tidak,sunguh manusia itu benar2 melampaui batas "
"apabila melihat dirinya serba cukup"

Allahu Akbar,, Agak2 pernah x kita merasa diri kita serba cukup dgn ilmu yg ada..
lagi2 dalam ilmu yg mmbawa kta mngenal illahi,,
terbayang kemalasan aku utk ke usrah *kdg2 la*
adakah saat tu terdetik yg aku dh ckup??aku xperlukan lg smua tu??
mashaAllah,, sebenarnya ilmu yg ada kat dunia hanyalah ibarat setitis lautan..
Ilmu Allah itu tersangat luas..
semakin kita mndalami, semakin terasa kecil dan hinanya diri..

  "katakanlah (muhammad), "seandainya lautan mnjadi tinta 
(utk mnulis) kalimat2 tuhanku, 
maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat2 tuhanku,
 meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.."

subhanallah,,kata seorg syeikh, 

"apa yg kmu lihat dari dlm bilik ke luar tidak menggambarkan keseluruhan dunia"

begitu jugalah ilmu, byk yg kmu dpt, x menggambarkan kseluruhan yg kamu peroleh,,byk lagi yg perlu dicari..

 yg terakhir, aku tutup post ni dgn 1 ayat yg sgt mnyentuh hati aku..

" wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja keras mnuju tuhanMu, maka kamu akan mnemuiNya"

sejauh mana la kau bekerja keras wahai diri??
sejauh mana kau bermujahadah menuju Allah wahai jiwa??
kalau usaha seciput, bagaimana mungkin kau bertemu Allah,,
mgkin kau bertemu Allah tapi dalam keadaan tercela..
saat tu,Allah xmahu berbicara dgn kau, dan xmau melihat wajah kau sedikit pon hari kiamat nnti..
itukah yg kau maukan?? pasti tidak..
sedar2kanlah diri dari sekarang andai kau mau bertemu dgn Allah dalam keadaan yg mulia..
Wallau'alam..
.................................................................................................................................................................
Alhamdulillah..
dengan izinNya, berkesempatan juga aku mencoretkan sesuatu kat blog ni,,
terlalu lama rasanya tidak mnulis,,
inshaAllah lepas ni blog ni akan ada seorang lagi penulis,,*kan??*
xde la berhabuk sgt blog ni,,
hidup kan perlu saling melengkapi,,=D
x mcm tu my beloved ukhtifillah??
..............................................................................................................................................................

Saturday, 24 December 2011

memberi sebelum mengharap


***seringkali kita mengharapkan sesuatu yg belum pernah kita beri***

..................................................................................................................................................................
DIALOG 1 

waktu aku tau aku kne repeat paper, xde sape datang kat aku..
aku berjuang sorg2 jea..
mana 'friendship' yg korg laung2kan selama ni?
bila sahabat dipenuhi dgn kesusahan, korg biarkn dorg merangkak menempuhi ranjau berduri sorg2..
mcm tu ke??

*jgn kita fikir sahabat tu mesti ada dgn kita 24hours..jgn kita fikir sahabat kita xpunya masalah sendiri..
cuba tnye diri, mgkin kita pon XPERNAH berada disamping sahabat kita waktu dorg susah..
husnu dzon tu lebih baik..Allah mahu melatih kita utk bergantung hidup kpdNya..
bukan kepada manusia..*
..................................................................................................................................................................

DIALOG 2

ok,, fine la..
aku mengaku la aku salah..
thanx la kpd sape2 yg ade tegur aku,,
tp aku terkilan la..
jumlah yg menegur tu sgt sedikit..

* Allah xkan ubah sesuatu kaum sehingga mereka ubah diri mereka sndiri.. 
Alhamdulillah, Allah masih memberi kita peluang utk mndapat nasihat drpd sahabat2 kita..
mengapa perlu dipertikai bilangannya??
adakah dgn ramai yang menegur anda yakin anda akan berubah..
Allah tau kenapa yg sedikit tu ditakdirkan buatmu..
husnu dzon lah wahai sahabat,,
hargai apa yg ada..

................................................................................................................................................................

DIALOG 3

aku xsuka la tarbiyah yg mcm ni..
xcukup mnjentik hati..kosong woiii..
ko faham x?
aku rasa mcm xdpt ape2 pon..
aku nk yg lain...
yg kena dengan jiwa aku mcm apa yg aku pernah dapat dulu..

* tarbiyah diberi mngikut apa yg kita perlu, bukan apa yg kita mahu..
hentikan membuat kritikan..
Allah pasti tau apa yg terbaik..
namun, xbermaksud kau perlu goyang kaki tanpa melakukan sebarang usaha..
mgkin ade yg kat luar sana xpernah rasa pon apa yg kau pernah rasa..
mereka juga meminta2 dan mencari2..
tapi mereka xdapat kerana terhalang oleh sikap malas kau utk memberi..
kau hanya mahu menerima..

****lebam sebijik****

..............................................................................................................................................................

kita selalu harap org sayang kita, org tolong kita, org ada waktu kita susah,
 dan mcm2 lagi la harapan kita yg mnggunung tinggi tu..
tp akan tercapai ke semua tu dgn mengharap smata-mata??
rasanya terlalu sukar kan jika kita tidak berusaha..
bukannya usaha dgn meraih simpati org lain,
menayangkan muka ehsan *bak kata mat melayu muka 10sen*
dan menuturkan kata2 manis merayu memuji mengharapkan perbuatan tu merealisasikan harapan kita.
bukan tu usaha yg dimaksudkan sbnrnya..
ana nak bwk ntunna semua utk mmberi dan terus memberi
tanpa mengharapkan balasan atas pemberian tersebut..
biarlah dari hati yg ikhlas kerana Allah..
pasti akn ada kebaikan yg menanti..


ingatlah sahabat2, amalan yg dilakukan tnpa keikhlasan teramatlah sia-sia..

ada satu kisah sahabat, yang mana mengisahkan tentang seorg pahlawan islam yg pergi berperang utk dianggap perwira oleh kaumnya.
oleh kerana terlalu sakit disebabkan tusukan panah dan pedang tersebut,sahabat tersebut akhirnya mengambil jalan utk membunuh dirinya sendiri..
akhirnya, Allah memasukkannya ke neraka kerana tidak ikhlas berperang..

sungguh tidak berbaloikan!
andai yg kita dapat tu hanya sekadar pujian sedangkan ia tidak dinilai disisi Allah,,

*moga amal kita sentiasa diiringi keikhlasan*

ok, berbalik kpd tajuk asal, "memberi sebelum mengharap".
ana nk stresskan kat cni la,
jgn mengharap sesuatu itu bermula daripada org lain..
mulakanlah dgn diri kita,,
what u give u get back..
setiap kebaikan tu pasti punya ganjaran di sisi Allah..

tapi ingat, andai kita telah memberi tapi tidak trcapai apa yg diinginkan,
maka renungkanlah kembali, adakah ikhlas pemberian kta itu,,
atau mgkin xkena pada tempat pemberian kita itu..
berusahalah sehabis baik utk memiliki apa yg terbaik,,
Allah pasti punya rencana yg baik buat kmu,,
yakin dgn itu..

bak kata wonderpet,
"apa yg penting????"
*KERJASAMA*

bertepuk sblh tgn pasti xkan berbunyi..
ke ntunna tepuk bunyi???
kehidupan ni kan berpasangan..
ada siang, ada malamnya,,
ada sedih, ada pula gembiranya,
ada bunga, ada kumbangnya,,
dan sebagainya..
klu tanpa pasangan ni,
bagaimana kita nk merasa erti hidup di dunia..
kita xkan kenal nikmat sihat klu kita xrasa sakit tu mcm mne..

"walaupun kita dapat miliki yang terbaik tapi kalau diri kita tak berusaha yang terbaik, DIRI KITA TAK AKAN MENGENALI APA ITU KEBAIKKAN dan Mampukah kita merasa kebaikkan itu ?".
 MULAKAN DENGAN DIRI KITA UTK MEMBERI DAN MERASAI APA ITU KEBAIKAN.. 



Friday, 16 December 2011

dekat tapi jauh..





"dekat tapi jauh"
tu la bnda yg kita akan alami bila kita kurg tadabbur,,
terseksa jiwa andaikata kita sntiasa baca Quran tapi kita rasa 'kosong'..
AllahuRobbi..
tapi lebih terseksa bila kita selalu tadabbur, namun jiwa kita xterjentik dgn ayat tu..

....................................................................................................................................................................
*bulatan gembira*
32 mei 2020

   " ok, hari ni kita nk tgk Surah As-Saff..", kata naqibah kita..

A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! 

A003
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. 

"ayat ni Allah stresskn betapa pentingnya...................."
naqibah kita pon bercerita la panjang lebar..

saat tu hati berbisik-bisik " ouh, aku dh pernah dpt dah ayat ni.."
hati kita xlagi lagi excited mcm mne 1st time excitednya kita saat dapat ayat tu dulu..
malah lebih teruk hati kita terasa xteringin pon nak berkongsi ayat tu dgn kawan-kawan..
kerana bg kita, kita nk bg sesuatu yg baru kt kawan2..
sesuatu yg blum dorg dengar...

..................................................................................................................................................................
periksalah hati kita balik andai kita mengalami situasi ni..
adakah kita tadabbur sekadar utk dijadikan bahan dalam usrah,,
jgn berbahagia dgn kekerapan bertadabbur andai praktikalnya zero..
*ckp kat diri sndiri*

sentiasalah excited utk berkongsi ayat-ayat Allah..
bagaimana kita excited utk share novel yg kita baca berkali-kali kat org lain,
bercerita movie yg kita tonton ntah buat kli ke brp kpd org yg sama..
mengexplain berkali-kali proses photosynthesis utk fahamkn kwn2 wktu  SPM dulu..
malah perlu lebih excitednya,,
semuanya tertembak kat diri sendiri...
bak kata sorg adek " bagaikan kena pijak gajah"..

bagaimana ada 1 hadis menyebut 
"bacalah Quran sehingga ia mencegahmu dari kejahatan,
jika kau xberhenti dari kejahatan,
maka sebenarnya Kau tidak membacanya,,"

kita ni bukan setakat membaca, menghafal lagi..

*berkaca*
*berkaca*
*berkaca*


Wallahu'alam..


Monday, 12 December 2011

hujan dan air mata..


kita sering mendengar kata-kata ni..

"kadang-kadang Allah hilangkan matahari,
kemudian Dia hadirkan guruh dan petir..
lalu kita menangis-nangis nak matahari tu semula,
rupa-rupanya Allah nk bg kita pelangi "

kadang-kadang kita mampu memaknai kata-kata ni..
kadang-kadang kita lost kejap..
aku jugak selalu berada dalam situasi mcm tu..
bila emosi bertemu dengan akal, seringkali emosi tu menang..
lalu mengalirlah  air suam-suam kuku di pipi..

sudahlah!! hentikan tangisanmu..
hujan pasti akan berhenti walau seteruk mana keadaannya..
ribut dan petir pasti akan pergi..
guruh pula akan pulang ke kampung asalnya..
lantas sang langit yg gelap akan segera diganti dgn cahaya..
dan cahaya itu akan menembusi atap-atap keresahan,
sebentar lagi keresahan dan kesedihan itu pasti akan lenyap jgk..




sebenarnya tangisan kita amat sinonim dgn hujan..
perhatikan keadaan langit sebelum hujan turun.
pastinya gelap, mendung dan suram..
begitulah juga dgn kita.
setiap daripada kita pasti akan ditimpa musibah.
itulah ujian buat kita,.,
maka tatkala kita memaksa diri kita mengharungi ujian itu,
pastinya akan hadir kesedihan dan keresahan
 hingga memaksa kita utk mengalirkan air mata..
di saat itu, kita berada di puncak kesedihan.
sama seperti hujan,
ia adalah puncak kpd mendung yg berpanjangan..

La takhaf wa la tahzan, InnaAllaha ma'ana..
jadi, sahabatku, jgn takut dan jgn bersedih hati..sesungguhnya Allah bersama kita..
jika kita mahu takut, takutlah kpd kemurkaan Allah..
jika kita mahu bersedih mahupun menangis,buatlah krn Allah..
kerana pelepah tamar dan buraq pon menangis krn Allah.
pelepah tamar menangis krn Nabi Muhammad tidak lagi menggunakannya sebagai mimbar masjid,
 lantas ia dimasukkan ke syurga,,
buraq pula menangis kerana takut tidak terpilih sebagai tunggangan nabi sewaktu Isra' Mikraj..

sahabat-sahabat,
pantaskah kita bersedih kpd sesuatu yg pasti ada penyelesaiannya?
sepertimana hujan.. selepas berhentinya hujan pasti matahari akn muncul..
matahari itu akan terus memancarkan sinarannya ke sekelian alam mnandakan kesedihan alam telah hilang,..
mendung sudah pergi membawa diri,kini matahari mnggantikannya.
ibrahnya, xperlu utk kita terus bersedih,
putaran masa akn membawa segala kesedihan iu pergi..
ketenangan akan menggantikannya..

tp..kena ingatlah,,jgn bersedih terlalu lama..
cube imagine apa akn jadi klu hujan tu turun dlm jangka masa yg lama..
sudah pasti byk kerja yg akan terbantut..
penoreh tidak boleh keluar menoreh,  pesawah tidak dapat turun kesawah,
malah nelayan terpaksa menunda tarikh utk turun ke laut..
sama la dgn kesedihan..
segala-galanya akan terbantut..
kerja-kerja tidak dapat dilakukan dgn fokus...
bimbang.,tnpa kita sedar, tanggungjwab terabai..
jgn dilayan kesedihan tu..
sikit-sikit lama-lama jadi parah..

sebenarnya, kita masih belum berjaya mengenal diri kita sendiri..
buktinya, bila ujian mnimpa, kita terus jatuh ke tanah,,
dunia seakan-akan hendak kiamat..
hancur luluh segala harapan..
seakan-akan tidak mampu lagi utk bangun..

lemahnya..

kita lupa utk mncari kunci mahligai kekuatan yg telah disematkan dlm diri setiap anak Adam.
yakinlah kesedihan tu pasti akn dihapuskan segera,.,

cuba kita renungkan kitaran hujan..
sewaktu pancaran cahaya matahari menerangi segenap alam,
saat itu wap-wap air diserap ke udara..
air itu pernah jatuh ke bumi suatu ketika dulu..
kini ia menggagahkan diri mnggapai awan..
ibrahnya, wujudkan sifat SABAR sewaktu ujian mnimpa..
kekuatan tu pasti datang dgn syarat kita yakin dgn pertolongan Allah..
sesungguhnya pertolongan Allah itu dkt..



Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah 'Azza 

wajalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka 

baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah. 

(HR. Tirmidzi)


konklusinya, kita psti akan jadi kuat dan akan sentiasa kuat klu kita bersabar,,
sungguh, sabar dan syukur tu knci syurga..
moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita atas segala keterlanjuran yg tidak disengajakan..
diharapkan agar Allah menguatkan iman kita dan mnjauhkan diri kita dari rasa sedih yg xmampu ditanggung..
jika tetap ingin menangis, menangislah kerana Allah,,


 Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau 

kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah 

menghapus dosa-dosanya. 

(HR. Bukhari)



Wallahu'alam

Friday, 9 December 2011

pemutus segala kenikmatan

kematian itu satu pengakhiran. kematian juga satu permulaan.

pengakhiran terhadap tempoh masa hidup di dunia.

permulaan utk menempuh alam yg seterusnya..

aku baca ayat ni dari blog sseorg..
ntah kenapa aku terasa mcm zuqq yg semacam dgn ayat ni..

mati.
satu word yg kita xtau mcm mana keadaannya..
sbb kita belum merasai..

Rasulullah bersabda,
" perbanyakkanlah ingat pemutus seluruh kenikmatan, iaitu kematian "

dalam hadis ni, nabi mengumpamakan kematian sebagai pemutus segala nikmat.
maka jelas terang dan nyata la bahawa kematian mampu mengikis habis sikap lalai ..
kerana di saat ni kita mnyedari hakikat yg kita akn dijemput pada bila-bila masa..
maka kita akn berusaha utk beramal semaximum mungkin agar wajah kita bersinar putih mnghadap Allah..
tp benarkah kita menghayati hakikat tu?

mungkin anda merasai aura kematian tu..
Alhamdulillah,,
anda tersangat yakin akan kematian..
hinggakan hati sgt terkesan dgn perkataan-perkataan sang Pencipta..

tp mgkin ada yg tidak merasai hakikat kematian tu..
mgkin masih ada yg sukar menginterprate rasa hati mereka..
masih tertanya - tanya.,
mengapa masih tidak ada emosi yang dinyatakan sama ada ketakutan atau kegembiraan dgn pencipta..
mengapa begitu munafik?
disaat menonton filem yg kta sedar ianya tidak real, kita mampu menangis.
tapi tidak menangis mndengar kebenaran destinasi muktamad,

kita semua sgt2 meyakini bahawa satu saat nnti kita semua akn mati..
yea..aku yakin itu..dan aku  yakin, anda juga rasakan bnda yg sama..
tapi kadang-kadang, sikap dan perbuatan yg kita tunjukkan seolah2 kita tidak meyakini
akan hakikat wujudnya kematian..
mgkin kerana kita xtau bila kita akn mati..


namun adakah disebabkan kita xtau bila kita akn mati, kita akn terus berenjoy...
maksiat...
dosa...
lalai..
sampai bila kita kan terus hidup mcm ni??

teringat kisah Said bin As-Saib..
dikisahkan, air matanya tidak pernah kering..
air matanya sentiasa mengalir sepanjang tahun,
jika salat, dia menangis.
jika tawaf, dia menangis.
jika duduk membaca Al Quran, dia menangis,
dan jika temui dia jalan, dia juga menangis,
jika ditanya, "bagaimana khabar anda hari ni?'
dia akn mnjwb, " pagi ni, aku sedang mnunggu kematian tnpa persiapan amal..

ni xbermakna kita nk berputus asa dari rahmat Allah dan keluasan ampunanNya..
kita tidak ingin pasrah tanpa amal perbuatan.
jika kita tidak beramal, kita dijemput dgn kematian tiba-tiba tnpa beramal..

jom tanya diri,

andai kematian tu tiba saat ni,
adakah aku bersedia??

andai kematian tu tiba saat ni,
adakah masih mahal airmata aku utk mngalir?

andai kematian tu tiba saat ni,
apakah taubat kita selama ni sekadar cukup syarat? tnpa keikhlasan..

"wahai org-org yg beriman! bertakwalah kamu dgn sebenar-benar taqwa kpdNya
 dan jgnlah kmu mati melainkan dalam keadaan muslim" 
( 3; 102)


" dan setiap umat mempunyai ajal ( batas waktu ), apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pon "
( 7 ;34)

andai kematian tu tiba saat ni,
adakah aku masih mmpu tersenyum gembira bergelumang dgn maksiat?

andai kematian tu tiba saat ni,
adakah aku masih berkira-kira utk mndekatkan diri kpd Allah dgn hati yg kusyuk?

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]
~peringatan juga buat diri yg lupe~


korg mcm mne??


korg, pernah tak tnye kat mummy korg pasal saat2 kelahiran korg dulu..
td aku sembang2 dgn mak aku,,
ntah mcm mne bleh masuk psl bersalin,,
ustzah aku selalu pesan, 
"rjin2 tnye mak korg mcm mne keadaan korg wktu dibersalinkn..
mgkin korg pon akn alami bnda yg sama.."

aku xtahan nk gelak dah dgr mak aku citer..
tp alhamdulillah aku senang je nk diberanakkan..
yg pertamanya sbb mak aku dok pulun makan tonggeng ayam wktu mngandungkan aku,,
eee..aku paling x suke bnda tu,,
minat mak aku kat bnda tu pnye psl, sampai stiap hari dy bli,,
smpai pak cik tu ckp " nnti anak kau byk ckp baru tau"..
haha,,tp aku xbyk ckp kn?? =) kn? kn??

secondly, xde la lawak,,
cuma aku bersyukur ar sbb mak aku ckp aku da only anak yg dy sempat khatam Quran,,
dari kecik rupanya aku dh dibiasakan dgn Quran,,
ntah2 time tu mak aku ada doakan aku utk jd hafizah kot,,
haha,,perasann je lebih..
hafizah? bkn sekadar gelaran, tggungjwab lebih besar..

nk tau x,
mak aku ckp aku xsabar nk tgk dunia..
xsempat nk kena tolak masuk bilik bersalin..
aku dh xsabar2 nk keluar..
sampai nurse warning mak aku byk kli " jgn teran dulu "
letak jea atas troli utk bersalin tu, aku terus keluar..
huhu..
time tu aku gelak2..
tp aku t'fikir, klu tu la kondisi aku,,
aku xbleh kalah dlm menulis manusia..
aku xbleh cpt lemah utk bntu umat,
aku keluar dari perut mak aku dgn penuh smgt.
wlupun aku belum mngerti tanggunjawab sbnr aku wktu tu..

dan kini aku semakin faham..
terima kasih Allah atas jalan yg Kau berikan..
Ya Muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala to'atik..