Sunday, 16 June 2013

langkah baru...


well, hari ini dh jadi hari baru utk sem baru..
err, nmpknya, permulaan sem ni agak tidak cemerlang ea utk aku..
dh terkandas dgn target yg dibuat oleh diri sendiri..
mungkin suasana baru kot, so kena beramah mesra dulu..
ok never mind..

walaupun, x cemerlang sgt utk 1st day, tp aku memulakan hari semalam dgn sumthng yg mntop la..
pengisian akhuna syeikh hamid, yakni wakil Ikhwan di malaysia, masih terngiang2 lagi ni..
rasa teramat la dekat dgn jiwa..huhu..
dan yg paling penting, kata2 beliau, pengisiannya, mmbuatkan aku makin yakin inilah jalan aku..
ditambah plak dgn ucapan dari ustz hasanuddin yg penuh dgn isi,huhu,,alhamdulillah..
huh, serius ni beb,,sbb hampir segala persoalan aku terjawab kot smlm..
but pleaseeeeeee, jgn tnya apa soalannya ea.,..=)
moga Allah tetapkan kaki aku di jln ni..

ok, jom sembang tentang new life kat uia ni,ceewahhh..
PENGUMUMAN! adalh dgn ini, noraini berjaya  mndpt level 1 tanpa usaha ea..huhu..err..^^'
bukan pe, tak larat nk daki 5 tingkat dah walaupun sbnrnya 4 tingkat.,,.
seriusly~ daki broga pon xpenat mcm naik tangga ni,.,,err, poyoss..
papepon, nak dijadikan cerita, dulu aku naik tangga yg 5 tingkat tu,maintain kot..
sampai je atas buat muka macho mcm seolah2 berjaya menamatkan larian pecut 100 meter kot..nk bg hot lg cter, bleh kata within  10 seconds la..cehh
tp sekarang, naik level 1 dh mcm level 4 dh aku rasa..
1 tingkat pon dh semput,,
nmpk x point penting kat situ??arghhh..kritikal ni,,,HERBALIFE PLZ!!!
moga nikmat ni x jadi 1 usaha utk aku mngumpul unsur2 yg xptot berlebihan dlm badan..=D

btw,kami sekarang dh berempat..
alhamdulillah, Allah bg peluang utk aku dekat dgn sorg lagi shbt yg xde la dh lama kenal..
papepon, honestly, rasa berdebar hidup dgn org baru dan rasa bertambah3 dosa,,
errr,,scary x ayat tu? tp xdpt dinafikan..itu la yg aku rasa..
yela, Allah aturkan bukan saje2 dop,,dan dgn bertambahnya rumate, maka bertambahlah tanggungjwb..
bertambah la hak kepada saudara2 yg terdekat ni,,
bukan bermaksud, aku pling bagus antara dorg, memamg x la kn~
tapi sebab hak antara mukmin tu mmg ada,,
so, agak cuak andai xmmpu mnjadi seorg rumate yg sepatutnya la kn,,
faham2 la kan,,huhu,,but, i'll try my best la ofcozzzzzzzzzzz..

ok,moga sem ni mnjadi sem yg lebih baik la utk aku..
well, separuh kekuatanku *but ofcoz kkuatan tu dari Allah* telah pergi mninggalkn bumi uia ni..
bertebaran di gombak n kuantan utk perjuangn dakwah di sana plak.,,.
adakah mungkin dkwah ni mnjadi 'slow' wlupun aku berada di dlmnya??ouch~~
terasa sakit jantung dengan ayat sendiri..
naudzubillah,moga dipermudahkan segalanya dgn saki baki akhawateeeeee yg ada,,
moga Allah dan Rasul menyaksikan..
jom bergerak dgn hati dan niat yg suci..Allahu Akbar!


Thursday, 6 June 2013

perasaanmu bukan tuhanmu~


bismillah...

*moga bermanfaat*



“ Hati anda belum hidup kalau belum pernah mengalami rasa sakit.
Rasa sakit kerana cinta akan membuka hati, 
bahkan bila hati itu sekeras batu.”
-Hazrat Inayat Khan-


Agak2 apa yg terlintas di kepala bila Allah dari atas ArasyNya memerintahkan menyembelih seorang putera yg telah kita tunggu hadirnya, satu-satunya, puluhan tahun lamanya?

Tentu wajar andai  yg pertama muncul itu adalah penolakan sang hati. Bahkan mungkin protes yg keras terzahir walaupun perintah itu datang dari yg Maha Berkuasa. Sungguh, manusia itu sangat membangkang. Maka dari itu, Allah tidak memilih kita utk disebutNya berulang2 kali, tidak dipuji dan tidak diagungkan kerana tidak ada hasil kerja. gulp.  Lantas, tinggallah Ibrahim dan Ismail di pentas kemuliaan yg mana mereka layak mendapatkannya.  Semua kerana ujian yg mereka terima begitu berat tapi mereka menempuhinya dgn begitu hebat. Kepatuhan yg amat mengkagumkan. Satu pengajaran yg amat hebat tentang artinya mnjadi muslim yg berserah diri.

Berbaik sangka. Itulah yg membuat kisahnya tetap terukir di pentas kemuliaan. Menyambut mimpi kerasulannya dgn penuh ketenangan. Memenuhi kepalanya dgn dugaan yg baik2 sahaja, Ibrahim tidak pernah percaya dgn pujuk rayu syaitan yg mngatakan Allah kejam kepadanya. Ibrahim tau, Allah tidak begitu. Jika Dia hanya ingin mndukaknnya, sejak Ibrahim kecil hingga dewasa pasti Allah penuhkan hidupnya dgn sengsara. Tidak disemai iman dalam hatinya. Tidak diberi petunjuk pada akalnya. Tidak diberi segala bentuk nikmat berupa kesihatan , rezeki,  pkaian , keluarga , udara , matahari dan sbg. Jika Dia mau, tak perlu ada petunjuk. Cukup masukkan sahaja manusia itu dlm neraka sejak awal penciptaan. Siksa, siksa dan terus siksa tanpa penjelasan. Allah mmmpu berbuat demikian...tapi Dia tidak begitu.

Ismail tidak jauh beza dari ayahnya. Beliau merespon dgn kalimat yg diabadikn dalam Quran ,disampaikan melalui jibril kepada Rasulullah, turun temurun melewati  generasi , zaman ini, hingga sangkakala ditiup di hari bumi harus mati.

    “ hai ayahku, kerjakanlah apa yg diperintahkan kepadamu, 
    in sha Allah kamu akan mndapatiku termasuk orang2 yg sabar.”

Subhanallah..

Keluarga yg penuh bersangka baik pd tuhannya. Hati meka berkalang taat. Berkalung iman. Bercahaya kerana pemahaman yg kuat. Tak dapat dinafikan, tiada balasan yg lebih layak diperolehnya melainkan kasih sayang tuhannya. Maka, digantilah Ismail dgn sembelihan yg besar.

Hidup bicara itu : ujian dan pengorbanan. Ujian besar bererti mmberi kesempatan utk mndapat darjat yg besar. Pengorbanan yg besar bererti kesempatan memperoleh balasan kebaikan yg besar. Hidup bukan bicara soal kesenangan semata. Bukan bicara bagaimana caranya menikmati tanpa batas. Ada hal yg mendasar yg kita sering lupakan selama ni. Sebagai insan, sebagai islam.  Kita fikir jadi muslim itu mcm apa? Syahadat je? Keturunan je? Sisanya xde urusan..huh! peluh besar.

Di saat datang perintah Allah yg mnguji, perintah yg berkorban, perintah yg mnyakitkan, yg mnyedihkan, yg berat, yg “ lebih baik apa je selain dari tu”, kehambaan kita benar2 berada dlm pertaruhan. Dan tentangan paling besar adalah bagaiman kita mnghadapi perasaan saat itu. Seringkali perasaaan mengalahkan akal. Bila sedih, kita mula meraba2 mncari perkara yg mmpu mghilangkan kedukaan, bila takut, kita berlari2 mncari tempat atau perkara yg aman. Bila marah, melayang tgn kita melampiaskannya malah berebut2 kluar perkataan yg tidak sepatutnya dari mulut kita. Bila jatuh cinta, tunduklah akal dan keimanan kita. Perasaan sgt berkuasa, melebihi raja.  Kita, manusia sering tidak berdaya berdepan dengannya. Begitu pula di saat Allah memintanya berbuat begitu begini, tapi perasaanya tidak setuju seratus peratus,maka jadilah syariat no dua, 3 atau 900, asal bukan yg pertama.


Allahurobbi,, maka saat ni, sejujurnya, jawablah pertanyaan jiwa “ sesungguhnya siapa tuhanmu : Allah atau perasaanmu? Siapa yg telah mnciptankmu? siapa yg mmberi dagingmu? Siapa yg mmberi tulangmu?siapa yg mmberi wajahmu? Siapa yg bagi mata, hidung , telinga, gigi, kerongkong, usus besar, usus kecil, ginjal, tangan , jari, kuku, kaki,  leher dan merawatnya? Siapa yg bg rzki utk makan? Siapa yg mmberimu keluarga,? Perasaanmukah yg mnyediakan semua itu? Perasaanmukah yg melakukan semua itu?
Sahabat2, dengarlah firman Allah yg mnyebut :

   “ andai kata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, 
maka pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yg ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mndatangkan kepada mereka kebanggaan mereka tapi mereka berpaling dari kebanggaan itu” 
                       ( 23: 71)..

 Bukannya setiap saat kita perlu memijak mati setiap perasaan kita, andaikata setiap perasaan itu tidak melawan perintah Allah, tidak mengapa utk kita mnangis, tidak mengapa utk marah. Tp lupakan sahaja kemahuannya klu tiba saatnya utk kamu memilih antara dirinya dan diriNya. Kita harus tau utk pilih siapa. Xperlu fikir panjang. Jika kita tetap memaksa utk berfikir pnjg, maka datanglah syaitan membantumu menemukan alasan yg “benar”. Ada saja yg mghalangi,. Ada sahaja yg mmbuatkan kita memilih utk membangkang. Ingtlah, takwa bermakna kita tinggalkan kesukaan kita demi kesukaanNya, mmbenci juga yg dibnciNya. Mnjadikan Allah sebagai segalanya.

Tak dapat dinafikan,. Ni mmg risalah yg berat, susah. Teramat susah. Tp adakah kerana susah, kita tidak mahu mncubanya? Tidak ada yg mngatakan tidak mungkin. Ia hanya susah. Dan susah x bermakna tidak mungkin. Sangat setanding dgn balasannya kelak, bukan kereta mainan yg kita idamkan waktu kechik2 dulu, bukan ipad yg nk dimiliki oleh setiap remaja zaman kini, tapi SYURGA yg tiada tandingnya..

daripada : Jiwa-Jiwa Gagag Yang Pantang Menyerah ( A.mukhlis )

Ya Allah, masih lagikah aku meletakkanMu di tepi sedangkan nikmatMu padaku xmmpu kuhitung???

Tuesday, 8 January 2013

planning~


alhamdulillah, again! dapat jugak peluang nk update.
erkkk, nk update apa pon xtau sebenarnya..
al maklum lahhhh,,klu update ni,take time kot..
dah on9 guna bb, abang plak tu yg topup, habes kang aku kerjakan..

well, aku ni baru je sebenarnya start bercuti,,
nk dijadikan crita, exam final aku haritu, aiyoooooo..
xnk cerita lah..sedih plak..
OH MY PHYSIC?!! normal la tu..
sejak pertama kali aku kenal dgn MR PHYSIC ni, hidup x tntu arah..
tp better kot skrg, dsbbkan Bro iz ajar..haha..ok, ngarut,,
BUT really open my eyes laa..

ok,cuti 2 mggu ni sgt la lama wahai kakak dan adik2 sekalian..
wlupun kwn2 aku cuti 3 bulan..
sangat la bahaya utk iman aku beb..
before cuti, aku punya planning nk kerja,
tapi bila sampai rumah, hancur segala harapan..
kata mak aku, "mak mertua hang kata hang dh cukup penat dah..dok rumah je"
aisehhh man,,sejak bila plak aku ada mak mertua, aku pon xtau..

actually after exam hari tu ada program sikit,,
tapi aku dah janji dgn mak aku la plak nk balik,,
plus, aku ni malas sikit klu bnda last minuute, berserabut la..
aku ni org jenis merancang kot..hoho..
ok, tapi serius, kes ni lain,,aku kena sntiasa bersedia sbnrnya demi Mr d&t..
tapi disebabkan ada 1 hal yg sgt membebankan fikiran aku time tu,
aku decide utk x gi, huh! boleh plak kan~
but, seriously!!! klu tgk muka aku time balik, mcm org putus tunang kot..
papepon.dah settle! alhamdulillah,,i have nothing to do with that 'things' anymore.
kepada ukht yg bersungguh memujuk aku tu, thanx a lot,
x merajuk pon la,just need time to reflect myself..

selang beberapa hari, again! dapat msj n call dari ukht mahbubah..
katanya nk ajak pi daurah akhwat NZ...
how to say ek?again! berperang dgn perasaan...
sebabnya, aku ada 1 azam yg sangat kuat utk family aku bila aku ada kat rumah...
And  i've make a deal with my little brother berkaitan dgn mnmpah 'tiket' di akhirat.
dan bnda tu sangat mnuntut aku utk berada kat rumah kot..
well, biasa la tuuu, budak2 kecik ni, bila dia tgh semangat, jgn la tahan dia..
tapi tu la, fikiranku celaru!! one question!
"patut ke aku mngetepikan urusan dakwah aku kerana keluarga?"
sekarang aku dah punya jawapan..dan MUNGKIN, jawapan kita berbeza.
kerana situasi kita berbeza..
segalanya bisa diatur andai aku x ada kat rumah..
inshaAllah boleh all-out utk ni bila kat U *whoaaa, kenyataan yg sgt berani*DUSH!!

betol la kata org, kita dok sibuk tarbiyah org sana sini.
bila org tgk, fuhh, mntop giler ar figure ni,
tapi bila tiba tang family, satu pon x terkeluar..
serius malu kat diri sendiri..
mmg la kata org, kita kena jadi contoh, tunjuk qudwah,
tapi, kita still KENA ada target, ada azam..
bukan sekadar tunjuk qudwah kot..
dan aku sgt tgh mncuba utk buat bnda ni..

papepon, alhamdulillah,,susulan dari kunjungan ikhwah ke rumah aku,
*ok, ni bukan rombongan meminang*
geng2 usrah abang aku beserta naqibnya,
my mom agak tertanya2 dan kelihatan berminat ea..
huh! barangkali kerana sifat ramah para ikhwah tersebut,,
so, aku, bagai org mngantuk disorong bntal, masuk jarum la..
aku just bercerita secara kasar tentang aktiviti dorang,.
sekadar utk fahamkan family aku yg tu la cara hidupnya,
sibuk daurah, jaulah sana sini,,dan sebagainya..
hopefully, dorang akan faham cara hidup aku dan abang aku nanti..

dan aku sekarang ni,sibuk merancang..yg pasti bukan merancang utk kawen la~~~
merancang utk iadah Quran aku yg tunggang trbalik ni..fuhh,
tambah plak utk tilawahnya dan tadabbur..serius kena buat!
klu nk bergantung kpd iadah je,ntah berapa page je la aku ngaji..
bakalan sama je la huffaz dgn bukan huffaz..
well, jom la sama2 kita cuba khatam, 2 kali setahun..*tilawah je la*
- aku sangat terinspirasi dgn sahabatt aku sorg ni,,,-
berkaitann dgn pembinaan fikrah plak, byk la buku yg beratur utk dihabiskan 2mnggu ni.
sebab aku tgh berkobar2 nk beli buku baru sbnrnya..
dah kangennn bangat dgn fajar ilmu baru..
tapi, bukan sekadar buku fikrah kot, masalah fiqh yg basic pon tersekat2 lagi nk jawab.
sila la seimbang wahai diri..^^'
planning utk dnt, study, family, persatuan,,dan lain2,huh! sangat memerlukan komitmen kot!
AND my biggest planning, nk kena buat simpanan khas utk melajukan dnt aku sbnrnya,
haha, susah kot nk bergerak tanpa ada sumber kewangan yg kukuh,,
bisa futur lama2 klu macam ni..
beruntunglah buat mereka yg sangat senang dalam banyak keadaan..
dan berutung jugak buat mereka yg susah klu mereka belajar dari kesusahan tersebut..
dont worry, ganjaran Allah tu selari dgn kesusahan kita..
SMILE ~ =D






Friday, 21 December 2012

masih belum serius,,


pelik melihat ikhwah akhawat yg begitu melaju dalam urusan dakwah..
bagaikan istilah 'letih dan jemu' x pernah menyinggah dalam hidup mereka...
tapi kita? *tak mampu den nak jawab*
mcm chipsmore je kita ni..
kadang2 ada, kadang2 hilang..
Robbuna, Thabbit Qulubana,,

"seharusnya, orang yg meng'claim' dirinya daie harus sentiasa bersedia"

serius ni,, ayat yg ditujukan khas utk diri sendiri..
bukan apa, aku masih lagi dilanda kesedihan bila aku buat keputusan yg mmg x patut la aku buat..
"ukht, boleh x cancle kan tadabbur session hari ni? ada masyaqqah"
Allah, terasa amat la sedih bila kukenang kembali dialog tu..
Aduhhhh, entah apa la yg menolak aku untk keluarkan ayat mcm tuh..
x dapat dinafikan, minggu tu semua bnda 'take turn' utk diselesaikan..
terlalu banyak perkara yg perlu difikirkan
* banyak bg org yg xreti bahagikan masa*
dan bila tiba hari tu, aku masih yakin yg aku mmpu utk lakukan..
*over confident di situ*
tapi, semua bnda x jadi seperti yg dirancang..
1 per 1 perkara perlu di cancle kan..
klu ikut kebiasaan hari khamis, aku akan duduk santai dalam '3 buah taman syurga'
tapi, pada hari tersebut, cuma 1..
1 tamparan yg hebat buat aku..
air mata pon mengalir deras.
aku bisikkan ke hati, xpasti adakah ia bisikan yg keliru.

" aku tak nak bgi bnda yg melulu, bnda yg sekadar di beri utk dikongsi,tanpa ada target trhadap org yg mndengar..dan yg lebih pnting, aku sangat berharap agar apa yg aku nk sampaikan memberi kesan yg mndalam kepada diri sendiri"

dengan rasa yg ada tu, aku pon buat keputusan utk 'cancle'kan..

beberapa minit kemudian, aku terfikir, adakah itu sekadar alasan?
alasan utk mngelak daripada mmberi?
Ataupun, Allah x pilih aku?
takkk,,aku yg x pilih diri sndiri..
aku dah zalimi hak dorang ke?
dan bermacam2 lagi bnda aku fikir..
dan sangat mnuntut aku utk duduk sendirian time tu..

dan pada sebelah malamnya pulak,
aku mnghadiri 1 talk syria..
pada mulanya, tak mahu aku mnghadiri talk ni.
tu la keputusan yg akan aku buat klu mngikut emosi..
tapi aku elakkan,,tak mahu rasanya Allah gantikan aku dgn org lain..
dan malam tuh aku sangat termuhasabah melihat org sekeliling aku..

at the end of that night, before tido..
aku lelapkan mata aku dengan 1 persolan..
persoalan yg ditinggalkan khas kepada hati utk mnjawab..
"seriuskah aku dalam jalan ni atau masih bermain2?


" para pejuang cinta sejati tak suka menabur janji, tapi bila mereka tekad utk mncintai, mereka akn merancang utk memberi"

refleksi : andai kita benar2 mencintai, kenapa kita x merancang betul2 utk mmberi??



Monday, 17 December 2012

action reaction



haa.bila refer kepada tajuk kat atas tu,
agak2 apa yg aku nk sampaikan?
haaaa,, for the 1st time aku nk memuntahkan apa yg aku belajar kat blog..

korang pernah dengar tak 'action reaction' tu apa?
haape? spesis karipap sardin..nei,,neiiii.,.nei...
*almaklumlah,,perut tengah mnyanyi kesedihan*




                         




wookey...back to our point..
actually, for those yg pernah belajar fizik,.harus tau ni..
'action reaction ni' adalah sejenis konsep.
that 'action reaction' concept included in newton law of motion..
buttt,,,this is newton third law of motion..
it states that every action has reaction..
contoh la kan, klu kita kenakan daya sebanyak 10 newton kat 1 object ni,
there will be another force in opposite direction but in same magnitude.

nampak x permainan apa yg nk dimainkan kat situ?
try relate dgn hidup kita..
hhaaaaaa..nmpak x? xnampak la tu...
actually, aku pon xtau la kena ke x dgn konsep ni,, tapi sangat terfikir2 la pasal ni..
it's about TO LOVE AND TO BE LOVED..
Get the idea or not??

klu tadi kita cakap every action has reaction..
try tukar cinta tu kepada action..
means that we have to love and to be loved..seriusssskahhh??
klu tgk sifat manusia,,yeahhhhh, its true..absolutely true..
kita akan sntiasa merasa ingin dicintai apabila kita mncintai..and vice versa..

TAPI, jauh beza yg teramat dgn sifat Allah..
dan memang manusia dan Allah itu xkan pernah sama dalam segala bentuk.,.
as we know, Allah sentiasa mncintai kita kan?
walaupun kita keep on doing many things yg boleh kata sangat mngecewakanNya..
and based on the concept, there should be a reaction isnt it?
so, apa 'reaction' kita?

potong bawang nk masak apa tu kak oiii? gulp.

Allah tak pernah kesah kan?
klu nak kita includes tentang magnitude plak,,
action and reaction should have the same magnitude,,
klu kita bg pinjam 10sen, nk katanya kena bayar 10sen la kan?
tapi Allah, dia bagi kita pinjaman mcm2..see! PINJAMAN tuan2 dan puan2..
tapi dia nk beli kita and bagi kita something yg lebih bernilai..
klu kita nk balas balik apa yg Allah bg, memang x mampu. nak kira pon belum tentu..
tapi pemurahnya Allah ni, kita bg sikit, Dia bagi banyak.

selari la dengan nama Allah, Al WADUD..
Allah yg Maha Mencintai..
nampak mcm sama dgn AL HUBB..
tapi x sama sebenarnya..
AL HUBB cinta yg ingin dicintai..
tapi Al WADUD , mncintai yg x kesah andai x dicintai..
sweet kan Allah tu?


* seringkali yg paling mncintai kita, x mnjadi yg paling kita cintai*










Wednesday, 12 December 2012

hopefully..





seriuslyyy..post ni just luahan rasa hati..
tatkala iman salah seorg dari kita jatuh merudum..
atau mungkin kedua2 antara kita berada di tahap kritikal imannya,
maka, segalanya jadi x kena..
tapi, perlu diingatkan..hadirnya kamu dan aku adalah utk saling melengkapi..
maka, salah seorang dari kamu harus tau bagaimana utk mghadapi saat2 mcm ni..
sebabnya, klu dua2 turutkan rasa hati,
ditambah plak dengan pujuk rayu syaitonirrajim,
goyah dan musnah la istana ukhwah yg terbina..

hopefully,

"Bahkan ketika ada sebuah kesalahan yang ditakdirkan atasmu pada diriku, aku selalu menginginkan takdir kemaafanku mengiringinya!

-ni copy dari atieeee yg sweettttt tu, kata saffana-

* kadang2 kita perlu bertindak luar jangkaan si dia,dgn harapan si dia akan turut belajar sesuatu*

Saturday, 8 December 2012

kita kesah ke?



" Mcd dah kena boikot,so aku makan burger 'Asyik Cinta' je la,,bagus x??"

" aduhhh,,ko ni,,aku baru nk gi makan Mcd kott esokk..
  aku teringin gileeee ahhh kentang goreng dia..
  jom ahhhh teman aku..."

"issshhh,,xnak ar aku,,boikot beb,,,"

"ala..lek la..bukan selalu ponnnn..aku belanja ko..set?..aku x boikot "

" ishhhh,,xnak,.,xnak,,.,"

" weyh, ko ni,,ko ce bayangkan..klu semua org boikot mcd, org islam yg kerja kat mcd tu  
  nk makan pe? kebulur kottt..

"  xnak ar aku..k arr..chow~


well,, demikian la dialog yg aku sempat terdengar waktu ber'shopping' kat 1 kedai ni..
mcm2 ragam kan manusia ni,,ada yg sangat mudah tersentuh hatinya wlupun dari sudut luarannya, xde la sempurna mana pon penampilannya mngikut syariat islam..ada jugak yg masih belum tersedar dari lamunan tentang 'kesakitan' yg dialami saudara seislam kita kat Gaza..aku hanya tesenyum time dengar dialog tu..dan sangat membuatkan aku berfikir sejenak.,itu mereka,,macam mana la plak dgn kita yg kononnya 'care' pasal palestin ni tapi xtau pape pon sebenarnya.update terbaru pon xtau..just ikut arus..xde pon usaha sendiri utk baca kisah mereka or anything la yg boleh dibuat..doa pon mgkin tenggelam timbul..bukan menuding jari ke arah org lain..cukup la melihat diri sendiri..yg kononnya jugak  mngaku diri ni daie.diri ni la yg akan memperjuangkan islam, membina jiwa2 manusia, tapi diri ni jugak la yg mghabiskan masa2nya dengan benda2 yg x berfaedah. serius sentap! makin kurang sensitiviti kita ni..

x guna nk banding yg tu la..saudara islam yg ada kat depan bilik, kiri kanan pon kita x kesah. huh! ni serius cakap kat diri sendri,, bukan main jaga segala bnda..tp slack beb...bangun subuh x kejut pon bilik depan, kiri kanan,,mak aihhhh,,adakah kita mula bersetuju dgn statement "kubur kau, kubur kau la,,kubur aku, biar aku settle" nampak x makin hilang sensitiviti kita ni..kadang2 terfikir, sejauh mana sebenarnya kita sedih dgn apa yg berlaku kat Gaza tuhh? adakah atas dasar kemanusiaan semata ataupun atas dasar agama? klu atas dasar agama, rasanya harus berkekalan la perasaan tu..tapi kita tenggelam timbul rasanya..benarlah....kata org, klu kita xrasa sangat pasal mereka, iman seciput la kita ni..huh, mcm mana plak dgn bilik sebelah, depan belakang, kiri kanan? mcm mana iman kita ni agak2?

nk bawak lagi dekat contohnya? kita tgk dalam bilik kita plak la kan..sejauh mana la kita care pasal teman2 kita ni..adakalanya, kita x sanggup pon nk dahulukan hak2 kita utk kemaslahatan mereka..contohnnya la kan...dalam bilik tu, kita masing2 nk guna pensel la kan..tbe2 ada salah sorg dari kita terdesak utk guna pensel tu,,seriuslaaaaaa..utk kerja2 umat la ni..tapi kita, bila ditanya, " lama lagi x nk guna pensel tu, nk pnjam bolehhhh?"..penting ni..tanpa rasa bersalahnya, kita jawab " haah,, soryy.." sedangkan time tu kita guna pensel tu just nk penuhkan masa lapang kita dgn melukis yg mmg mnjadi hobi kita sejak dulu.. x ke dinamakan makin hilang sensitiviti tu?

kita mmg mudah kalah di medan praktikal sebenarnya..wlupun teori mgkin kita yg paling hebat, in 1 minute, mmpu kita nk bercakap pasal ukhuwah, ithar masuk bab fiqh awlawiyat bagai. x dinafikan, kadang2 kita terlupa  dan xsedar..memang betul.,,,sangat boleh dimaafkan klu mcm tuh..tp klu berulang dan makin berulang??  pointnya, back to our iman sebenarnya.;.klu iman kita ni stable, kita akn sangat mudah 'memberi' dalam apa jua aspect,,sebabnya iman itu akan terzahir pada peribadi kita..klu kita memang dah makin kurang sensitiviti, xterfikir pon betapa sahabat kita dalam keadaan sangat memerlukan, check blik la amal ibadah kita,,ada la silap tang mana2..

* seriusly, kita kena tgk balik mcm mna tahap sensitiviti kita sekarang..klu mmg kita xde rasa pape tentang sekeliling kita, bersedialah utk mnghadadpi 1 zon keparahan jiwa andai x cepat2 dirawat..Allahu'alam..