Monday, 17 December 2012

action reaction



haa.bila refer kepada tajuk kat atas tu,
agak2 apa yg aku nk sampaikan?
haaaa,, for the 1st time aku nk memuntahkan apa yg aku belajar kat blog..

korang pernah dengar tak 'action reaction' tu apa?
haape? spesis karipap sardin..nei,,neiiii.,.nei...
*almaklumlah,,perut tengah mnyanyi kesedihan*




                         




wookey...back to our point..
actually, for those yg pernah belajar fizik,.harus tau ni..
'action reaction ni' adalah sejenis konsep.
that 'action reaction' concept included in newton law of motion..
buttt,,,this is newton third law of motion..
it states that every action has reaction..
contoh la kan, klu kita kenakan daya sebanyak 10 newton kat 1 object ni,
there will be another force in opposite direction but in same magnitude.

nampak x permainan apa yg nk dimainkan kat situ?
try relate dgn hidup kita..
hhaaaaaa..nmpak x? xnampak la tu...
actually, aku pon xtau la kena ke x dgn konsep ni,, tapi sangat terfikir2 la pasal ni..
it's about TO LOVE AND TO BE LOVED..
Get the idea or not??

klu tadi kita cakap every action has reaction..
try tukar cinta tu kepada action..
means that we have to love and to be loved..seriusssskahhh??
klu tgk sifat manusia,,yeahhhhh, its true..absolutely true..
kita akan sntiasa merasa ingin dicintai apabila kita mncintai..and vice versa..

TAPI, jauh beza yg teramat dgn sifat Allah..
dan memang manusia dan Allah itu xkan pernah sama dalam segala bentuk.,.
as we know, Allah sentiasa mncintai kita kan?
walaupun kita keep on doing many things yg boleh kata sangat mngecewakanNya..
and based on the concept, there should be a reaction isnt it?
so, apa 'reaction' kita?

potong bawang nk masak apa tu kak oiii? gulp.

Allah tak pernah kesah kan?
klu nak kita includes tentang magnitude plak,,
action and reaction should have the same magnitude,,
klu kita bg pinjam 10sen, nk katanya kena bayar 10sen la kan?
tapi Allah, dia bagi kita pinjaman mcm2..see! PINJAMAN tuan2 dan puan2..
tapi dia nk beli kita and bagi kita something yg lebih bernilai..
klu kita nk balas balik apa yg Allah bg, memang x mampu. nak kira pon belum tentu..
tapi pemurahnya Allah ni, kita bg sikit, Dia bagi banyak.

selari la dengan nama Allah, Al WADUD..
Allah yg Maha Mencintai..
nampak mcm sama dgn AL HUBB..
tapi x sama sebenarnya..
AL HUBB cinta yg ingin dicintai..
tapi Al WADUD , mncintai yg x kesah andai x dicintai..
sweet kan Allah tu?


* seringkali yg paling mncintai kita, x mnjadi yg paling kita cintai*










Wednesday, 12 December 2012

hopefully..





seriuslyyy..post ni just luahan rasa hati..
tatkala iman salah seorg dari kita jatuh merudum..
atau mungkin kedua2 antara kita berada di tahap kritikal imannya,
maka, segalanya jadi x kena..
tapi, perlu diingatkan..hadirnya kamu dan aku adalah utk saling melengkapi..
maka, salah seorang dari kamu harus tau bagaimana utk mghadapi saat2 mcm ni..
sebabnya, klu dua2 turutkan rasa hati,
ditambah plak dengan pujuk rayu syaitonirrajim,
goyah dan musnah la istana ukhwah yg terbina..

hopefully,

"Bahkan ketika ada sebuah kesalahan yang ditakdirkan atasmu pada diriku, aku selalu menginginkan takdir kemaafanku mengiringinya!

-ni copy dari atieeee yg sweettttt tu, kata saffana-

* kadang2 kita perlu bertindak luar jangkaan si dia,dgn harapan si dia akan turut belajar sesuatu*

Saturday, 8 December 2012

kita kesah ke?



" Mcd dah kena boikot,so aku makan burger 'Asyik Cinta' je la,,bagus x??"

" aduhhh,,ko ni,,aku baru nk gi makan Mcd kott esokk..
  aku teringin gileeee ahhh kentang goreng dia..
  jom ahhhh teman aku..."

"issshhh,,xnak ar aku,,boikot beb,,,"

"ala..lek la..bukan selalu ponnnn..aku belanja ko..set?..aku x boikot "

" ishhhh,,xnak,.,xnak,,.,"

" weyh, ko ni,,ko ce bayangkan..klu semua org boikot mcd, org islam yg kerja kat mcd tu  
  nk makan pe? kebulur kottt..

"  xnak ar aku..k arr..chow~


well,, demikian la dialog yg aku sempat terdengar waktu ber'shopping' kat 1 kedai ni..
mcm2 ragam kan manusia ni,,ada yg sangat mudah tersentuh hatinya wlupun dari sudut luarannya, xde la sempurna mana pon penampilannya mngikut syariat islam..ada jugak yg masih belum tersedar dari lamunan tentang 'kesakitan' yg dialami saudara seislam kita kat Gaza..aku hanya tesenyum time dengar dialog tu..dan sangat membuatkan aku berfikir sejenak.,itu mereka,,macam mana la plak dgn kita yg kononnya 'care' pasal palestin ni tapi xtau pape pon sebenarnya.update terbaru pon xtau..just ikut arus..xde pon usaha sendiri utk baca kisah mereka or anything la yg boleh dibuat..doa pon mgkin tenggelam timbul..bukan menuding jari ke arah org lain..cukup la melihat diri sendiri..yg kononnya jugak  mngaku diri ni daie.diri ni la yg akan memperjuangkan islam, membina jiwa2 manusia, tapi diri ni jugak la yg mghabiskan masa2nya dengan benda2 yg x berfaedah. serius sentap! makin kurang sensitiviti kita ni..

x guna nk banding yg tu la..saudara islam yg ada kat depan bilik, kiri kanan pon kita x kesah. huh! ni serius cakap kat diri sendri,, bukan main jaga segala bnda..tp slack beb...bangun subuh x kejut pon bilik depan, kiri kanan,,mak aihhhh,,adakah kita mula bersetuju dgn statement "kubur kau, kubur kau la,,kubur aku, biar aku settle" nampak x makin hilang sensitiviti kita ni..kadang2 terfikir, sejauh mana sebenarnya kita sedih dgn apa yg berlaku kat Gaza tuhh? adakah atas dasar kemanusiaan semata ataupun atas dasar agama? klu atas dasar agama, rasanya harus berkekalan la perasaan tu..tapi kita tenggelam timbul rasanya..benarlah....kata org, klu kita xrasa sangat pasal mereka, iman seciput la kita ni..huh, mcm mana plak dgn bilik sebelah, depan belakang, kiri kanan? mcm mana iman kita ni agak2?

nk bawak lagi dekat contohnya? kita tgk dalam bilik kita plak la kan..sejauh mana la kita care pasal teman2 kita ni..adakalanya, kita x sanggup pon nk dahulukan hak2 kita utk kemaslahatan mereka..contohnnya la kan...dalam bilik tu, kita masing2 nk guna pensel la kan..tbe2 ada salah sorg dari kita terdesak utk guna pensel tu,,seriuslaaaaaa..utk kerja2 umat la ni..tapi kita, bila ditanya, " lama lagi x nk guna pensel tu, nk pnjam bolehhhh?"..penting ni..tanpa rasa bersalahnya, kita jawab " haah,, soryy.." sedangkan time tu kita guna pensel tu just nk penuhkan masa lapang kita dgn melukis yg mmg mnjadi hobi kita sejak dulu.. x ke dinamakan makin hilang sensitiviti tu?

kita mmg mudah kalah di medan praktikal sebenarnya..wlupun teori mgkin kita yg paling hebat, in 1 minute, mmpu kita nk bercakap pasal ukhuwah, ithar masuk bab fiqh awlawiyat bagai. x dinafikan, kadang2 kita terlupa  dan xsedar..memang betul.,,,sangat boleh dimaafkan klu mcm tuh..tp klu berulang dan makin berulang??  pointnya, back to our iman sebenarnya.;.klu iman kita ni stable, kita akn sangat mudah 'memberi' dalam apa jua aspect,,sebabnya iman itu akan terzahir pada peribadi kita..klu kita memang dah makin kurang sensitiviti, xterfikir pon betapa sahabat kita dalam keadaan sangat memerlukan, check blik la amal ibadah kita,,ada la silap tang mana2..

* seriusly, kita kena tgk balik mcm mna tahap sensitiviti kita sekarang..klu mmg kita xde rasa pape tentang sekeliling kita, bersedialah utk mnghadadpi 1 zon keparahan jiwa andai x cepat2 dirawat..Allahu'alam..





Saturday, 10 November 2012

rasa hati



sungguh, kelemahan yang utama bagi seorang wanita adalah perasaan..
teramat sukar baginya utk mengawal rasa hati..
honestly, kita.... yakni  wanita,
teramat la mudah utk cair dengan kebaikan lelaki yang kita lihat..
walaupun, rupanya x la seberapa..
kerana kita sedar, rupa bukanlah yg utama dalam usaha utk mngecap kebahagiaan..
kita teramat la mudah utk timbul rasa berharap apabila terpegun dengan kata-katanya..
qudwah yang ditunjukkan olehnya mmpu mnggetarkan jiwa seorang wanita..
bakat kepimpinannya sangat dikagumi setiap insaan..
hari demi hari, rasa itu akan makin kuat jika x dikawal..
hingga mungkin membawa kepada mimpi..
walaupun kita teramatlah berwaspada utk membayangkan wajahnya..

lantas, utk menahan rasa hati,
kita sibuk menggiatkan diri dalam medan dakwah..
x mau disibukkan dgn perasaan yg x menentu,
yang hanya akan membawa kepada penyakit dalaman*makan hati*
namun, dalam kesibukan kita,
bayangan si dia sering mnyinggah hingga kadang2 mmbuatkan kita rasa terganggu,,
adakalanya hingga mngalirkan air mta..
kerana rasa itu teramat siksa..
hendak dikongsi, takut akan timbul fitnah..
maka tempat utk berkongsi hanyalah Allah,,
Allah yg paling memahami rasa hati kita..

di pihak lain pula,
ada yg berjuang bermatian2 utk mninggalkan 'kisah jahiliyah' mereka..
zaman mereka diuji dgn rasa cinta tu kadang2 hadir dan pergi..
walaupun jauh dilubuk hatinya, dia ingin agar kisah itu pergi buat selamnya..
namun, dia x punya kuasa walaupun telah berlawan dgn sepenuh hatinya..

itulah kesakitan apabila terlanjur merasai cinta yg belum sah mnjadi milik kita..
lagi2 bila dilanda rasa itu ketika mniti usia kematangan..
rasa yg xpernah kita alami selama ini., hadir saat kita pertama kali mengenali si dia,
dan disaat mmbuat keputusan utk memutuskan rasa hati yg tidak sepatutnya itu,
hatinya teramat berat.,.
namun dipujuknya juga agar x kehilangan cinta yg lebih agung..
namun, aku akui,,ia bukan mudah..
masa silam itu akn sentiasa mnghantui..
lagi2 bila mereka saling menabur janji utk bersama sepanjang tempoh perhubungan itu..
jauh di sudut hatinya, dia masih mngharapkan lelaki itu,
lelaki pertama yg berjaya mncuri hatinya.,.
tiap malamnya, dia tidak lupa utk berdoa dalam istikharahnya..
tiap solatnya, dia sentiasa mndoakan agar disatukan dalam ikatan yg sah andai si dia jodohnya..
tak pernah langsung dia mnceritakan kepada teman-temannya,,
walaupun dia teramat ingin berbuat demikian..

dalam proses itu,hatinya akan sentiasa menolaknya utk berhubung dgn lelaki itu..
masakan tidak..nombornya yg telah lama di 'delete' dari memori handphone,
masih kuat tersemat dalam ingatannya..
hingga dia sendiri kadang2 penat berlawan dgn rasa hati...
entah kenapa terlalu sukar utk melenyapkan segala rasa berkaitan si dia..

namun, dia tau...dia harus kuat dan terus kuat..
xmau lagi berada dalam jahilyah yg teramat sukar utk ditinggalkannya itu..
dan x mau kehilangan cinta Illahi yang teramat dekat dgn dirinya ketika melalui fasa 'sakit' itu..

p/s : jangan ada dzon..kadang2 orang yg diam itu sebenarnya penat melawan rasa hati..=)

       kepada yg mudah cair lagi2 dengan ikhwah, fikirkan prioriti..jgn dok sibuk terbayang BM dah..deraskan
       aliran kerja dakwahmu..

       kepada yg pernah merasai cinta, jaga hati yukkk..kadang2 zaman silam mmbuatkn kita rasa nk khwin
       awal..ye dop..pape pon,,fikir prioriti jugak..



FEELINGS ARE NATURAL, THE WAY U ACT UPON UR FEELINGS DETERMINE WHETHER IT IS RIGHT OR WRONG


*Cinta x semestinya memiliki, cinta x semestinya mndampingi*

cari cinta Allah yukkkkk!! 



Sunday, 4 November 2012

tadabbur session+muhasabah bersama



*menulis sepantas kilat sebab limit bb nk habis*
asif klu banyak 'kekelingan' dalam post ni..

khas buat XII GEN BANAT..

sebenarnya post ni nk tulis kat blog sem tp x kesampaian atas2 sebab tertentu..
sorry saff sbb buat ayat kelam kabut tahap jiddan dalam msj..hehe

ok, sebenarnya nk ajak semua rest otak dgn bertadabbur jap..
yela,,kita mgkin bnyk mngaji, byk mngulang..tapi jarang nk byk tadabbur..
yela,,mngulang utk ingt enn..bukan utk faham..* kte je la yg mcm tu*hohho

ok, jom tgk surah zalzalah..
asif xdpt nk bg ayat quran sbb xsempat nk meng'copy' utk meng'paste'..*ohhh my english..*
ok, enough!

surah al zalzalah ni surah yg 99..surah makkiyah..jom tgk ayat2nya,,


1) apabila bumi digoncangkan dgn goncangan yg dahsyat..
2) dan bumi telah mngeluarkan beban2 yg berat yg dikandungnya..


basically, 2 ayat kat atas ni merupakan gambaran tentang hari kiamat ea..
dikatakan dan digambarkan time tu bumi bergoncang dgn goncangan yg teramat dahsyat..
barangkali kita pernah tgk berita atau mengalami sndiri gempa bumi yg dahsyat..errrr..ada ke???
tp nk katanya kat sini, gempa bumi time kat akhirat nnti sumthing yg baru utk mnusia..
mmg x dapat nk compare dgn dunia n xterbayang pon..
dan ayat seterusnya plak, digambarkan bumi keluarkan segala2 yg dikandungnya,,seolah2 mcm nk ringankan badannya dgn beban yg teramat berat n byk..


3) dan manusia bertanya apa yg terjadi pada bumi ini?


haaaa..nmpk x kaitan dgn explaination kat atas..manusia tertanya3 dalam keadaan yg tersangat blurr, cuak dan seangkatannya.."apa yg berlaku ni?" kenapa ni?'' kenapa!!!???" *ok, sila imagine*


4) pada hari itu bumi menyampaikan beritanya.
5) kerana ssungguhnya tuhanMu telah memerintahkan yg sedemikian padanya..


" dan ia telah mematuhi perintah tuhanNYa dan mmg kewajipannya mematuhi perintah"
(surah al-insyiqaq : 5)


Allah la yg memerintahkan segalanya berlaku..dan tugas makhluknya adalah mematuhinya..itu kewajipan..tapi kita yg diberi akal ni, mmpu berfikir dgn cemerlangnya, sgt la susah kn utk patuh akan SEGALA BENTUK  perintahnya..ye dop?? egokah kita dgn pncipta kita sendiri??.Renung2kan..


6) pada hari tu, manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok utk diperlihatkan kepada mereka balasan semua perbuatannya..


"pada hari itu bumi terbelah meluahkan mereka dgn segera"
(surah qaff : 44)


" mereka seperti belalang yg berkeliaran"
( surah qamar : 6)

" mereka tergesa2 mnuju kpd suara yang menyeru mereka "
(surah qamar : 8)

"pada hari itu, setiap orang sibuk dgn diri masing-masing"
(surah 'abasa :38)

subhanallah..nmpk x relation ayat Allah yg kita baca malah hafaz dan ulang3 selama ni?

cuba imagine *wlupun xboleh n xmmpu nk imagine sebenarnya* time kita dibangkitkan tu, xsempat dah kita nk pandang kiri kanan..kita tersangat la tergesa2 mnuju kepada Allah..bayangkan...*bayangkan lagi ek?*
time kita dok kalut2 tu, ditambah rasa cuak, bimbang dan sebagainya, tiba2 kita dihadapkan dgn pemandangan mahsyar, hisab dan timbangan amal kita..seperti yg pernah saya kbommkan,

 " berdepan dgn amalan kita sendiri kadang2 lebih teruk dari nk menerima balasan"

pada mulanya, saya pon agak terfikir2 pasal ayat ni,,bila dok termenung3 tu, tiba terbayang dosa2 selama ni..astaghfirullah.. azabnya mmg xtertanggung..tapi dosa yg selama ni kita buat,yg hanya Allah dan kita tau, tiba2 ditayang di khalayak ramai..terbongkar segala rahsia kita selama ni..kita yg kononnya  yg pling masyi Quran ,istiqamah 3 juzuk sehari, bermesej dgn bukan muhrim tnpa keperluan rupanya..kita yg selama ni dok bg tazkirah selalu, makin beringan2 dgn dosa dan  perkara yg kita pelihara selama ni..YaAllah, xterbayang rasanya..sedangkan kat dunia sahaja kita dah risau andai orang tau kita buat sumthing yg terang3 kita tau kita x patut buat..*xkeling kan* DAN.... ada jugak time ditayangkan amalan kita kat dunia, dia sendiri pon xsanggup nk tgk sebab terlalu jijik dgn amalan tu..tambah plak bila dilanda rasa mnyesal..selepas diselubungi rasa takut tgk amalan plak, kita terus dibawa ke proses 'hisab'..

7) maka barangsiapa mngerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan dapat balasannya
8) dan barang siapa mngerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya..


disebabkan kita ni golongan yg sentiasa mngulang quran, mka lebih senang utk kita mnjadi org yg xrasa apa2 dgn quran..xrasa pon ayat2 tu utk kita..betul ke??*jawab sendiri la~~~*

ayat 7 dan 8 ni sbnrnya sangat sinonim dgn hidup kita..berkali2 ayat ni dilafazkan terutamatanya bila kita nk buat amar makruf nahi mungkar,,ye dop?

ok, zarrah digambarkan seperti habuk yg kita boleh tgk time ada cahaya *gi try klu xpernah tgk*
ok,,,dah try wat??kecik kan???TAPI...
lebih tepat, zarrah ni just seberat dan sebesar atom..haaa..korang kan huffaz profesional..
saya x brani nk hurai pasal atom ni..salah kang..ana kn irk..haha
tapi ana nk cakap jugak, seperti yg ditulis dalam tafsir zilal, atom ni sgt la susah nk nmpk..
nk kena guna mikroskop yg pling besar dalam makmal*betul ke?*
klu boleh nmpk pon, just bayangannya sahaja..
woahhhhh,...kecik benor kan??

nk katanya, amalan2 sekecik tu pon dikira,,,
xkesah la baik ke buruk..
jadinya, jgn la kita memandang remeh terhadap amalan2 kita dgn mngatakan,

"ala,,,kecik je ni,,x kira inshaAllah kat akhirat"

contoh lebih dekat...

" time basuh pinggan kat sinki mahalah ZC, kita tinggalkan sisa makanan kita kat sinki, dan akhirnya tersumbat..woahhhh,,kita dah mnjadi punca kepada kesusahan org lain nk basuh pinggan kat situ...mnyusahkan makcik cleaner jgk..

errrr...ada kaitan kan??? =)

apa? nk contoh lagi...jup ekk..fikir jap..

"alamak, lapar la plak,,malasnya nk turun" tp terpaksa jugak turun.,sebab hak perut tu kan?
makanya disebabkan malas dan terpaksa tu, kita turun tanpa pakai stokin pergi cafe..*err,,xde kot*
dgn niat dalam hati, "tolong la jgn ada laki kat bwh" *,,ceewahhhhh,, pndai berniat kita nie..*
setibanya kita kat cafe, "alamak, lelaki!!" maka dgn kalut berlari2..tp bukan ke atas..gi kafe jgk..
katanya "sikit je ni".."aku x buat lagi dah lepas ni" dan mcm2 la ayt yg keluar utk sedapkan hati sendiri..

*amaran : ok, bnda kat atas ni bukan kecik ea, ni dah besar sbb x tutup aurat*

appppaaaa? xcukup lagi contohnya??

ok la..di suatu malam...jeng3,,
"tutttt,,tuttt.."
 hp berbunyi~ *bukan call ea..msj*
tertera nama sang lelaki yg mgkin kita cuba utk lupakan..
"awak sihat? lama x dengar citer?"
klu islamic sikit..
"iman ok ke??quran ngulang selalu x" woahhhh,,jiddaannn punya 'soleh' ni..
maka disebabkan kejayaan kita yg dah lama x mesej laki..
kita rasa mcm ni...
"ala, sekali sekala je,," ataupon " jawab pndek je" ataupon pape la...xreti nk bg cntoh dah..
maka, kita pon tekan button reply tnpa memikirkan amalan kita tu dicatit oleh malaikat yg ada kat kiri kanan.
"yela...sikit je pon..lagipon dah lama pon x buat bnda ni.,."
"Allah msti kira kesusahan dan ketersiksaan aku dulu nk tinggalkan bnda ni.."
*amboi3.,,,banyyyyakkkkk cantekkkkk*


aduhhh,,penatla,,apa pointnya ni??
ok jom teruskan.
*korg boleh bg cnth sndiri kot kat ruang komen*

ok, segala amalan kita yg kita anggap kecik kat dunia ni,,
akan wat kita mngigil ketakutan + kerisauan bila amalan yg 'kecik' tu mnentukan keadaan kita..
keadaan apa?keadaan sama ada kita ni lebih pahala ke dosa..
banyak baik ke banyak buruknya time kat dunia.
mcm mna? time kita tgk neraca halus Allah nnti menaik dan mnurun dgn amalan seberat atom tu..
hati org mukmin tu pasti bergetar..
TAPI, percayya x??
ada jugak time kat akhirat nnti, hati yg x bergetar lgsung walaupun maksiat yg dibuatnya sebesar gunung..
huh!! hati2 ni la yg teramat degil di bumi dan akan hancur di akhirat kelak..
pasti kita xmau tergolongan dalam golongan ni kan??
maka, jom la didik hati..
jangan biar hati kita keras dan hitam sejak  usia muda ni..
mcm mne nk tau hati kita keras ke x??
haaaa,,sape2 boleh kot post lepas ni..
amalina pakry mgkin??=)
rushdina ke??
xpon superserikandi kita??msti ada tips super..
atau sape2 yg teringin nk post...
sama2 la kita mengingatkan antara satu sama lain..
Allahu'alam..


*asif klu byk typing error*
* asif jiddan klu post ni sgt x bertatasusila dan sopan ayatnya*
*moga2 ada mnfaat utk kita bersama*
*ssungguhnya  tangan yg mnulis lebih dekat dari yg mata membaca*huhu






diri jenab vs hati jenab



DIRI JENAB : Mulai hari ni, aku kena wat witir la..kan witir antara solat yg nabi kita xpernah tinggal..alang2
                       dhuha ko dah terjaga..baik lengkapkan je dua2..

HATI JENAB : ( menjelang tgh malam, after on9 berjam2 dan dilanda rasa mngantuk) alamak, belum witir
                         la..adoi..malasnya nk turun bawah..xpe la..esok la aku start..

keesokan malamnya..

sebelum tido..

HATI JENAB : witir..witir,,semalam kan cakap nk start wat hari ni,,*setelah berlawan2 dgn hawa nafsu,
                         maka, iman menang..digagahkan jua dalam dalam keadaan berat hati,,sebab time tu, dia
                         teringat ayat cinta Allah " bergeraklah dalam keadaan berat mahupun ringan"..

keesokannya pula..

HATI JENAB : ( kepenatan dan keletihan yg teramat ) aduiiiiiiiiiiiii...xpe la..witir  ni lain kali la aku try..susah
                         betul la nk istiqamah..tiba2, datang 1 bisikan " xpe la jenab, ko tu dah ckup istiqamah
                         tahajud setiap malam, dhuha setiap pagi, mengaji setiap hari, byk sngat dah amalan yg ko
                         buat dalam sehari"..maka, tertidur la jenab dengan bisikan2 tentang amalannya itu..


esoknya pula..

HATI JENAB : *teringt bisikan mlm td*haih, xboleh jadi ni,,mana boleh mcm ni,,amalan2 aku tu belum tntu
                          sepenuhnya diterima..mana la nk tau tercampur baur dgn riak dan sebagainya..maka        
                          amal2 tu kat akhirat mcm debu2..ahhhh..rugi ni..aku xnk jadi manusia yg rugi..kan JOYAH
                          pernah pesan, amalan yg dibuat dalam keadaan berat tu kdg2 lagi nikmat..biarlah aku sakit
                          dulu dalam masa 40 hari ni,,inshaAllah, after this istiqamah la..

* sejak dari tu, JENAB terus cuba dan cuba, paksa dan paksa dirinya utk keep on doing that solat..wlupun kdg2 1rakaat je sbb terlalu mngantuk..but still 1 kejayaan tu..

hahhhh..apa moral of the story ni?? first, klu boleh, jgn la menangguh2 bila nk buat kebaikan..syaitan tu akan datangkn mcm2 bisikan..percayalah, klu asyik bertangguh, last2 xkan terbuat punya la..next, berwaspadalah dgn bisikan2 syaitan yg kdgkala mmpu mnimbulkan riak di hati kita,,huh, mula la nnti nk bermegah dengan amalan wlupun x dizahirkn kepada org lain..ni la konflik dalaman..kta je yg tau..last, sentiasa la rasa amalan kita ni xcukup..sebab hakikatnya mmg xkan pernah cukup klu la nk dibandingkan dgn nikmat Allah yg xterhitung ni..kenapa klu kita pinjam barang dari org lain, kita punya la usaha nk jaga betul2..klu yg islamic sikit, dia nk barang yg dipinjam tu bg mnfaat kat si peminjam..tp kita??susah sgt nk mnfaatkan anggota2 yg Allah pinjamkan kpd kita..padahal, kebaikan tu semua berbalik kpd kita..utk diri kita jugakk.huhhhhh..ok la, Allahu'alam..moga ada mnfaatnya..

saling melengkapi



sudah lumrah..
setiap daripada kita diberi keistimewaan masing-masing..
kekuatan yg tersendiri utk berjuang dalam jalan dakwah ni..
tp hakikat manusia tu, kadangkala melihat kekurangannya sebagai 1 kelemahan..
sedangkan bagi orang yg faham, kekurangan tu wujud utk kita saling melengkapi..
maka dengan saling melengkapi bertambah membara la kehangatan roh keimanan kita..ceeeewahhhh~

mungkin ada antara kita yang teramat mantop penyampaiannya..
setiap kata yg keluar dari mulutnya ibarat mutiara yg bersinar..
juga ibarat pisau2 pelit yang tajam..*honestly, saya punya ramai akhwat mcm ni*
1 ayat sahaja dari dirinya sudah cukup utk menghiris hati, menginsafkan jiwa..
itu kekuatannya..

ada juga antara kita yg tersangat hebat dalam memanfaatkan duitnya yg melimpah ruah..
setiap kali terdengar sahaja ada liqa akwat, maka dialah org pertama yg akn infaqkan duitnya..
xpernah langsung lokek utuk dikeluarkkan
kerana dia sedar, duit tu bukan utk dirinya semata2..
hadirnya dari Allah, maka seharusnya kembali juga kepada Allah dalam bntuk yg bermanfaat..
maka, jalan dakwah dipilih utk disalurkan..
itu kelebihannya..

ada juga antara kita yg menyerahkan seluruh qudratnya..
utk mngangkut dan menghantar akhwat ke program..
berbekalkan nikmat kereta yg Allah kurniakan kepadanya,..
bukan mudah ea.tambah2 utk berhadapan dengan jam, tol, dan sebagainya..
tapi kerana dia melihat, itu adalah salah satu sumbangan utk umat..
direlakan dan digagahkan jua,,
brganda2 hebat apabila jiwanya mmbayangkan syahid yg mgkin diperolehinya
 andai berlaku sesuatu di jalan raya.. nauzubillah..
itu keistimewaan Allah padanya


namun, ada juga antara kita yang x punya rezeki seprti mereka..
ehh..bukan xpunya..tapi kurang,,
xdikuriakan harta yang banyak seperti saidaina uthman *agak over disini*
malah ada yg utk dirinya saja belum tntu cukup..
padahal, jauh disudut hatinya, teringin benar utk belanja anak2 usrahnya makan..
maka lahir dalam hatinya, "ini ujian Allah"
tapisan Allah itu sentiasa berlaku..
mka, itulah titik tolak utk dia terus giat berdakwah..
mncari dan terus mncari apa2 logam yg ada dalam dirinya.
baginya tiada alasan utk berhenti..


ada juga yg dilanda lautan kesedihan..
apabila diuji dengan halangan utk ke program..
kadang-kadang hiba yg mnyelubungi membuatkan dirinya futur..
terasa bagai tertinggal jauh berbanding akhwat2 lain..
tapi, dalam tidak sedar, Allah telah pon mngurniakan keistimewaan lain buatnya..
mgkin, Allah memudahkan dia utk memahami setiap kata yg terlafaz dari naqibahnya lebih dari org lain..


ada jugak yg terasa dia tu akhawat tempang..
gulp...T__T
mungkin belum rezeki.,..dan mgkin bukan rezeki..
kita kan xtau apa yg terbaik utk diri kita..
personally, i x berapa nk stuju dengan istilah ni..huaaaa
bukan nak back up diri..
tp tu kan under ketentuan Allah..
mana nk tau, dia dapat je lesen terus accident, nauzubillah..
or in other word, kereta itu lebih byk keburukannya utknya,
maka Allah jauhkan nikmat tu dari dia..ye dop??

apa2 pon, kekurangan dan kelebihan tu bukan utk dipertikaikan..bukan juga utk dibanggakan..
tetapi utk kita saling melengkapi..
dengan kelebihan yg ada, maka lebih deras dan laju la dakwah kita..
dengan kekurangan pula, sudah cukup utk kita bermuhasabah dan mengkagumi kebesaranNya..
maka, akhawat sekalian, berbaik sangka la dgn Allah..
sama2 kita melaksanakan tugas ni dgn penuh rasa kesyukuran atas kekurangan n kelebihan..
dua2 pon nikmat dari Allah ye dop..
NAMUN, apa salahnya andai kita letak usaha sepenuhnya utk mnjadi daie superserikandi..opppssss..
super saiyyyyyaaaa yang saya mksudkan..
lebih cantik kan andai segala yg ada dimnfaatkan agar jadi saham kat akhirat kelak???

wallahu'alam..